fbpx
Now Reading
Pembakar Semangat 2024! Ini 7 Kisah Inspirasi Sepanjang Tahun 2023

Pembakar Semangat 2024! Ini 7 Kisah Inspirasi Sepanjang Tahun 2023

Semoga kisah-kisah ini dapat menjadi inspirasi buat anda semua melakar kejayaan pada tahun hadapan dan seterusnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya. Sepanjang tempoh ini, pelbagai cerita, sejarah serta kenangan pahit dan manis yang telah dilalui.

Oleh itu, di sini kami ingin kongsikan juga tujuh kisah inspirasi sepanjang 2023 yang boleh dijadikan pembakar semangat buat anda semua pada tahun hadapan.

Berikut tujuh kisah inspirasi sepanjang 2023:

#1 Michelle Yeoh menang Oscar

Pasti ramai yang mengenali aktres Hollywood kelahiran Malaysia iaitu Michelle Yeoh yang sering berganding dengan artis-artis ternama lain dalam filem antarabangsa.

Pada 13 Mac lalu, Michelle telah membanggakan negara apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara 95th Academy Awards (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everthing Everywhere All at Once.

Kemenenangan Michelle itu menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia dan aktres Asia pertama yang pernah memenangi Anugerah Oscars.

Baca Artikel Berkaitan: Tahniah! Michelle Yeoh Anak Kelahiran Malaysia Pertama Menang Anugerah Oscars

#2 Kejayaan Khairul Aming sebagai influencer dan usahawan

Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai rakyat Malaysia yang mengenali influencer ini yang sering memuat naik video perkongsian resepi masakan.

Tidak hanya itu, anak kelahiran Kelantan ini juga merupakan usahawan Sambal Nyet yang menjadi kegilaan kebanyakan rakyat Malaysia.

Pada tahun ini sahaja, pelbagai kejayaan yang telah dikecapi Khairul Aming yang boleh dijadikan inspirasi buat ramai orang terutamanya generasi muda.

Pada 15 Februari lalu, jualan produk Sambal Nyet telah mencecah RM21.5 juta setelah 2 tahun beroperasi dan pada 27 Ogos lalu, Khairul Aming dinobatkan pula sebagai Creator of The Year dalam anugerah Tik Tok Awards Malaysia 2023.

Sikap tidak kenal erti putus asa Khairul Aming sejak menceburi bidang content creator dan perniagaan ini wajarlah dijadikan inspirasi buat semua.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sekadar Untuk Viral’-Ini Nasihat Khairul Aming Selepas Menang Anugerah Di Tik Tok Awards Malaysia 2023 [Video]

#3 Dr. Adeeba Tokoh Akademik Negara

Pada 31 Oktober lalu, seorang Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Profesort Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara dalam Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-15.

Dr. Adeeba bukan sahaja seorang pakar perubatan, malah merupakan pelopor program pengawalan penyakit berjangkit di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan telah menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan Polisi Dadah.

Sikap Dr. Adeeba yang sentiasa berkerja keras untuk berbakti kepada negara ini wajar dijadikan inspirasi buat golongan muda.

Baca Artikel Berkaitan: Tokoh Akademik Negara, Dr. Adeeba Harap Kejayaannya Beri Inspirasi

#4 Warga Emas Genggam PHD Di Umur 79 Tahun

Ilmu merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia dan faktor umur bukanlah penghalang untuk seseorang itu untuk terus menimba ilmu.

Pada bulan November lalu, seorang warga emas telah menjadi contoh setelah dia berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 79 tahun.

Warga emas yang dikenali sebagai Dr. Muharam Awang itu menerima skrol PhD Kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Tan Sri Mohd. Zuki Ali semasa Majlis Konvokesyen Yang Ke-51.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Genggam PhD Pada Usia 79 Tahun Jadi Inspirasi Ramai

#5 Alif Satar Ajak Peminat Solat Subuh Di Masjid Macam Solat Jumaat

Nama pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar sering kali menjadi bualan hangat para netizen kerana sikapnya yang positif.

Seperti baru-baru ini, Alif berjaya mempengaruh orang ramai terutamanya golongan muda untuk bersama-sama memeriahkan solat Subuh di masjid.

Sejak daripada itu, Alif dilihat semakin giat berkongsi hantaran di media sosial untuk mengajak lebih ramai individu untuk melakukan perkara yang sama.

Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan dan amal ibadah wajarlah dijadikan teladan buat semua orang dalam mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat.

Baca Artikel Berkaitan: “Inilah Influencer Sebenar” – Misi Alif Satar Ajak Orang Solat Subuh Di Masjid Seperti Solat Jumaat Buat Netizen Kagum

#6 Pelajar Cemerlang SPM 11A Jaga Ibu Hingga Ke Akhir Hayat

Pada Jun lalu, tular mengenai kisah menyayat hati seorang pelajar cemerlang meraih 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak dapat mengambil keputusan itu kerana menjaga arwah ibunya yang sedang sakit pada ketika itu.

Hasil kejayaan calon SPM yang dikenali Muhammad Syahril Saidi itu menyebabkan dia menerima lebih 10 tawaran melanjutkan pelajaran dan biasiswa.

Ini membuktikan meskipun Muhammad Syahril dilanda ujian berat daripada Allah SWT, ia sedikitpun tidak melunturkan semangatnya untuk tetap menimba ilmu serta bijak membahagikan masa untuk belajar dan menjaga arwah ibunya.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang Raih 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian & Biasiswa

#7 Johan Ghazali terima kontrak ONE Championship RM473,507

Pada tahun ini, nama jaguh muda Muay Thai Negara iaitu Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mula hangat diperkatakan dan menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Ini selepas tular beliau yang pada ketika itu baru berusia 16 tahun berjaya menumbangkan lawan dari Thailand dengan hanya mengambil masa 16 saat sahaja melalui pukulan ‘knockout’ (KO).

Tidak lama selepas itu, Johan atau lebih mesra disapa Jojo itu sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya menumpaskan peninju Rusia dalam acara ONE Friday Night sekitar Oktober lalu.

Susulan daripada kecemerlangannya, Jojo berjaya melayakkan diri menerima kontrak lumayan ONE Championship bernilai AS$100,000 (kira-kira RM473,507).

Semua kejayaan ini diraih Jojo pada usia muda berkat kegigihan dan usahanya tanpa henti. Kisah ini layak dijadikan inspirasi buat orang ramai agar jangan pernah berhenti berusaha jika inginkan sesuatu kejayaan.

Baca Artikel Berkaitan: Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Raih Kontrak ONE Championship Bernilai RM473,507

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.