Pelajar Cemerlang Raih 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian & Biasiswa
Menurut Syahril, dia perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini tular mengenai kisah menyayat hati seorang pelajar cemerlang meraih 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak dapat mengambil keputusan itu kerana menjaga ibunya yang sedang sakit.
Sekumpulan guru-guru dari Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman yang bersimpati dengan nasib Muhammad Syahril Saidi, 18, telah menghantar keputusan cemerlang pelajar itu di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan pada 8 Jun lalu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tak Dapat Hadir Ambil Result SPM Kerana Jaga Ibu Sakit, Pelajar Sebak Guru Datang Bawa Keputusan 11A [Video]
Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, ibu Syahril, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang sempat menatap kejayaan anak lelakinya itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.
Syahril memberi bakti terakhir kepada ibunya dengan mengimamkan solat jenazah Allahyarhamah di Masjid Pondok Moden Kandis pada Ahad lalu (11 Jun).
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Tatap Kejayaan Anak, Ibu Pelajar Cemerlang 11A SPM Meninggal Dunia
Syahril terima lebih 10 tawaran lanjut pelajaran dan biasiswa
Namun seperti peribahasa ‘Pelangi selepas hujan’, Syahril dilaporkan telah menerima lebih 10 tawaran melanjutkan pelajaran dan biasiswa.
Menurut Syahril, dia perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.
Syahril ingin teruskan pengajian di Maahad Yaakubiah untuk duduki STAM
Syahril berkata, setakat ini dia ingin meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
“Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk pilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.
“Doakan saya dan keluarga, semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan jadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,” katanya dipetik Harian Metro.
Syahril mahu orang di sekeliling yang banyak membantunya turut diraikan
Menurutnya lagi, tidak hanya dirinya sahaja, malah orang di sekeliling yang banyak membantu seperti abang, kakak, ibu bapa saudara dan guru-guru yang mengetahui kesusahan hidupnya sebelum ini juga sepatutnya diraikan juga.
Ujar pelajar cemerlang itu, mereka adalah insan di sebalik tabir yang mendorong kejayaannya terutama arwah ibunya.
“Banyak yang arwah umi pesan pada saya, tapi biarlah jadi simpanan peribadi saya,” katanya yang turut menerima tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank.
Banyak pihak bersimpati dan beri sumbangan kepada Syahril
Terdahulu, kisah Muhammad Syahril telah mendapat perhatian banyak pihak yang memberi sumbangan kerana bersimpati akan nasib pelajar cemerlang SPM itu selain terharu melihat pengorbanannya menjaga arwah ibu hingga ke akhir nyawa.