fbpx
Now Reading
Doktor Dari Malaysia Curi Perhatian Apabila Ditawar Biasiswa Penuh Oleh Universiti Oxford

Doktor Dari Malaysia Curi Perhatian Apabila Ditawar Biasiswa Penuh Oleh Universiti Oxford

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/2423471811010026

Umum mengetahui Universiti Oxford merupakan salah satu pusat pengajian tinggi yang paling berprestij di dunia. Malah tidak mudah untuk anda melanjutkan pelajaran kesana.

Namun seorang pakar perubatan dari Malaysia telah mencuri perhatian apabila mendapat tajaan biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajarannya di universiti tersebut

Dr. Giri Shan Rajahram,  seorang pakar perubatan di dalam bidang penyakit berjangkit baru-baru ini telah ditawarkan Program Biasiswa dan Kepimpinan  Oxford- Weidenfeld dan Hoffmann

Penajaan biasiswa yang sangat kompetitif ini diberikan kepada lepasan ijazah dari negara-negara membangun dimana tujuan utama pembiayaan pendidikan mereka adalah bagi melengkapkan persedian mereka supaya dapat berkhidmat kepada negara kelahiran mereka.

Foto : Dr. Giri Shan Rajahram

Doktor yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah sejak tahun 2006 ini akan akan menyambung pengajiannnya di dalam bidang International Health and Tropical Medicine di Universiti Oxford

Meyakini Covid-19 , wabak berjangkit yang sedang nelanda seluruh dunia akan terus menjadi ancaman di masa hadapan, Dr Giri tekad untuj melanjutkan pelajarannya di dalam bidang ini

Foto : Dr. Giri Shan Rajahram via TRP

“Wabak Covid-19 telah membuktikan bahawa penyakit berjangkit baru akan akan terus menjadi ancaman di masa hadapan. Ini menunjukkan terdapat keperluan untuk melatih lebih banyak doktor-saintis dalam meningkatkan kemampuan yang serba ada di Malaysia”

Selain bertugas sebagai doktor, Dr Giri juga aktif dalam kajian klinikal dimana hasil kerja nya pernah diiktiraf kerajaan Australia sehingga dianugerahkan Australian Endeavour Leadership Programme Awards pada 2019 .

Malah penganugerahannya pada ketika turut mendapat pujian dari KP Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham menerusi Facebooknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.