fbpx
Now Reading
Sempat Tatap Kejayaan Anak, Ibu Pelajar Cemerlang 11A SPM Meninggal Dunia

Sempat Tatap Kejayaan Anak, Ibu Pelajar Cemerlang 11A SPM Meninggal Dunia

Difahamkan, Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, iaitu ibu kepada pelajar cemerlang itu meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu kisah menyentuh hati melibatkan seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkorban menjaga ibunya yang terlantar sakit namun akhirnya berjaya memperoleh 11A.

Lebih menyentuh hati Muhammad Syahril Saidi yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaannya demi menjaga ibu kesayangan yang sakit kemudiannya dikejutkan dengan kunjungan para guru ke rumah bagi memaklumkan kejayaan beliau.

Susulan itu, beberapa orang guru daripada Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang, Kelantan telah hadir ke rumah pelajar tersebut yang terletak di Kampung Kandis, Bachok untuk menyerahkan keputusan cemerlang SPM itu.

Ibu pelajar cemerlang SPM 11A meninggal dunia

Terbaharu, ibunya Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, dilaporkan sudah meninggal dunia dipercayai akibat penyakit angin ahmar kira-kira jam 8 malam tadi (10 Jun)

Khabar duka mengenai pemergian ibu pelajar cemerlang itu disahkan Penghulu Mukim Kandis, Razali Yasod kepada Berita Harian.

Menurut Razali, dia mengetahui tentang berita sedih kematian ibu kepada pelajar cemerlang itu pada waktu Maghrib semalam.

Menurutnya lagi, selepas menerima berita tersebut dia terus ke rumah Muhammad Syahril dan mendapati lebih 30 ahli keluarga serta orang ramai hadir ke rumah pelajar itu.

“Jenazah akan disembahyangkan di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Padang Lati, iaitu kampung asal arwah.

“Ketika ini saya masih berada di rumah Muhammad Syahril untuk membantu dengan ahli keluarga lain,” katanya dipetik Berita Harian.

Tular kisah pengorbanan pelajar cemerlang jaga ibu yang sakit

Terdahulu, kisah Muhammad Syaril tular di media sosial selepas pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Imam, Beris Lalang itu menjaga ibunya yang sakit sakit, namun masih berjaya peroleh keputusan cemerlang dalam SPM.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.