fbpx
Now Reading
Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Raih Kontrak ONE Championship Bernilai RM473,507

Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Raih Kontrak ONE Championship Bernilai RM473,507

Kejayaan itu adalah sesuatu yang telah lama diidamkan Jojo, namun siapa sangka ia menjadi miliknya sebelum berusia 17 tahun pada bulan hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jaguh Muay Thai Negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sekali lagi mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya menewaskan peninju Rusia dalam acara ONE Friday Fight.

Susulan daripada kecemerlangannya, dia yang mesra dipanggil Jojo telah berjaya melayakkan diri menerima kontrak lumayan ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM473,507).

Bukan hanya terima kontrak One Championship, sebaliknya turut berjaya kekal rekod bersih

Bukan hanya itu, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini juga berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat pertarungan dalam kejohanan tersebut.

“Ini gila, memang gila, bulan hadapan saya baru berusia 17 tahun tapi saya terima kontrak One Championship sebelum saya dapat lesen memandu. Ini sangat gila kawan, sangat gila.

“Sejujurnya ia mengenai masa dan saya sudah bersedia. Dari dulu saya mula, ini impian saya, ini bukan pengakhiran tapi ini permulaan,” ujarnya dalam video dimuat naik di Instagram One Championship.

Walau bagaimanapun kejayaan yang dikecapi itu bukanlah suatu perkara yang mudah sebaliknya pelbagai pengorbanan dilakukan untuk berada ditahap sekarang.

Ternya perkara itu adalah sangat berbaloi.

Mei lalu Jojo turut nyatakan hasrat untuk raih kontrak, kini impian menjadi nyata

Pada Mei lalu, Jojo turut menyatakan impiannya untuk meraih kontrak berkenaan serta merangkul tali pinggang kejuaraan.

Malah dia turut memaklumkan matlamat utamanya pada acara itu adalah untuk menjadi juara ONE Championship.

Selain itu, beliau sebelum ini turut mula dikenali selepas berjaya menewaskan pihak lawannya dari Thailand iaitu Padetsuk Fairtex dalam perlawan Flyweight Muay Thai, lapor Berita Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.