fbpx
Now Reading
“I Don’t Care You Superstar” – Johan Ghazali Kena Sebat Dengan Coach Sebab Lewat Datang Latihan 7 Minit [Video]

“I Don’t Care You Superstar” – Johan Ghazali Kena Sebat Dengan Coach Sebab Lewat Datang Latihan 7 Minit [Video]

Menurut Jojo, jurulatihnya itu tidak pernah memilih kasih kepada sesiapa pun dan sentiasa mengutamakan disiplin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja nama Johan Ghazali, pasti ramai yang mengenali atlet Muay Thai negara ini yang telah mencapai pelbagai kejayaan sekaligus berjaya mengharumkan nama negara pada usia muda.

Antara kunci kejayaan Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo dalam sukan seni pertahankan diri (martial art) Muay Thai adalah kerana kesungguhan dan displin diri dalam setiap latihan.

Sebelum ini Jojo pernah memberitahu media bahawa jurulatihnya, Addy Sipangyak merupakan seorang individu yang sangat mementingkan disiplin dan menepati masa.

Jojo kena sebat dengan jurulatih sebab lewat datang latihan 7 minit

Perkara itu dibuktikan menerusi penularan satu video di media sosial yang menunjukkan jaguh muda Muay Thai yang baru berusia 18 tahun itu disebat oleh jurulatihnya kerana lewat menghadiri latihan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Jojo di akaun TikTok miliknya, dia dikatakan lewat ke pusat latihan kelab Rentap itu selama tujuh minit sahaja.

“Saya datang lambat tujuh minit sahaja, tujuh minit dia (jurulatih) nak sebat saya. Superstar macam mana sekalipun dia sebat juga,” katanya.

Jurulatih tak pilih kasih, tetap beri hukuman walaupun bergelar superstar

Menurut Jojo, Addy tidak pernah bersikap pilih kasih kepada sesiapun termasuk dirinya kerana jurulatih terbabit lebih mengutamakan disiplin.

“’Saya tak peduli awak superstar,’ walau siapapun kita, disiplin tetap nombor satu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, turut kelihatan rakan Jojo yang juga atlet Muay Thai dikenali sebagai Kabilan Jelevan juga menerima hukuman yang sama kerana lewat.

@johanghazali

“Me dont care you superstar” walau kita siapapun disiplin tetap no 1 #fyp #johanghazali #muaythai @Bilan

♬ original sound – JohanGhazaliMuaythai – JohanGhazaliMuaythai

Ramai netizen puji tindakan jurulatih, dakwa penyebab kejayaan Jojo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan jurulatih terbabit kerana menitikberatkan disiplin kepada para atlet.

Malah, mereka turut mendakwa ketegasan jurulatih terbabit menjadi penyebab kepada kejayaan Jojo sehingga berjaya meraih kontrak bernilai US$100,000 setahun bersama ONE Championship.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.