Berang Data Internet Dihabiskan, Ibu Didakwa Simbah Anak Dengan Air Panas

Hanya kerana berang data internetnya dihabiskan, seorang wanita di Melaka tergamak menyimbah anak keduanya dengan air panas.

Akibat daripada perbuatannya itu, dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka hari ini (26 September) atas pertuduhan tersebut.

Didakwa Sengaja Sebabkan Kecederaan Parah Kepada Anak

Mengikut pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, tertuduh yang berusia 37 tahun didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya yang berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 2.56 pagi pada 27 Jun 2022 di sebuah rumah di taman perumahan kakitangan kerajaan yang terletak di Sungai Udang, Melaka.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun, denda atau dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada Sebarang Jaminan Diberikan

Sewaktu prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim, memohon agar jaminan tidak diberikan kepada tertuduh setelah mengambil kira faktor wanita berkenaan dan mangsa yang tinggal di rumah yang sama.

Malah, tertuduh yang tidak diwakili peguam juga tidak membuat sebarang rayuan bagi jaminan. Mahkamah kemudian menetapkan 26 Oktober 2023 sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, wanita yang merupakan ibu kepada empat orang ini didakwa sering memukul anaknya. Kemuncak kejadian berlaku apabila dia dikatakan berang dengan perbuatan anak keduanya yang menghabiskan data internet telefon bimbit miliknya.

Ini menyebabkan dia menyimbah air panas ke badan mangsa. Namun, perbuatannya itu terbongkar selepas rakan mangsa menyedari kotoran seperti kesan luka pada baju sekolah yang dipakai oleh kanak-kanak lelaki itu.

Rakan mangsa kemudian terus melaporkan kepada ibunya sebelum ibu rakannya itu melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

4 mins ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

14 mins ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

21 mins ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

4 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago