IGEM 2023: Teknologi Kenderaan Elektrik Di Malaysia Semakin Berkembang Pesat

International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2023) edisi ke-14 telah bermula sejak 4 Oktober sehingga 6 Oktober ini di Kuala Lumpur Convention Center yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pameran dan bersidang mengenai teknologi hijau ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama dengan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan tema ‘Race Towards Net Zero: Leadership For Climate Action’.

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan bersama beberapa syarikat dalam mengurangkan pelepasan karbon dengan meningkatkan pengeluaran teknologi tenaga hijau (hidrogen).

Pameran Kenderaan Elektrik Antarabangsa (IEMS)

Antara yang menjadi tumpuan dalam IGEM 2023 hari ini (5 Oktober) adalah Pameran Kenderaan Elektrik Antarabangsa (IEMS) yang menjadi salah satu daripada pemacu ekonomi negara dalam dunia automotif selain membawa perubahan yang lebih baik pada alam sekitar.

Dalam IEMS ini, terdapat pelbagai syarikat automotif terkemuka dunia yang sudah mula mengeluarkan model kenderaan elektrik (EV) tersendiri seperti Honda, Volvo, Toyota, dan BMW.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Selain itu, jenama lain seperti Smart, BYD (Build Your Dreams) dan Tesla turut mempamerkan beberapa model kenderaan elektrik baharu mereka yang akan dijual di Malaysia.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Pelbagai kenderaan elektrik diperkenalkan dan bakal memasuki pasaran Malaysia

Lebih mengujakan, teknologi EV pada masa kini tidak tertumpu pada kereta sahaja, malah kenderaan lain seperti bas, lori, van, motosikal, jentera berat mahupun ambulans sudah mula mengeluarkan kenderaan elektrik.

Kesemua kenderaan EV ini juga difahamkan bakal memasuki pasaran Malaysia dijangka pada awal tahun hadapan.

Peningkatan jumlah EV akan meningkatkan lagi stesen pengecasan

Kepelbagaian dan peningkatan jumlah kenderaan elektrik ini sekaligus membuka ruang kepada syarikat-syarikat tempatan mahupun antarabangsa untuk membina lebih banyak lagi stesen pengecasan di seluruh negara.

Menariknya, sebahagian stesen pengecasan ini juga menggunakan sistem solar dalam menjana tenaga elektrik.

Untuk info, IGEM pada tahun ini menyasarkan RM4 bilion peluang perniagaan dan 40,000 pelawat dari lebih 40 buah negara.

Lantai pameran itu disusun mengikut sub tema iaitu ‘Empowering Cities, Electrifying Mobility, Decarbonising Energy, Accelerating Circularity and Conserving Biodiversity’ dengan beberapa syarikat, antaranya ialah Tenaga Nasional Bhd (TNB), Leader EV Solutions Sdn Bhd, Samaiden Group Bhd, Solarvest Holdings Bhd, Cenergi SEA Bhd dan Petronas.

Dalam pada itu, IGEM 2023 juga mengadakan beberapa persidangan tentang topik-topik seperti perubahan iklim, bandar-bandar rendah karbon, sains dan inovasi, ekonomi hidrogen, pengurusan sisa, ekonomi bulat, air, kecekapan tenaga, dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Program itu juga menampilkan sesi-sesi rangkaian perniagaan yang banyak diminati yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dan MGTC.

Semasa acara tiga hari ini (4-6 Oktober), banyak Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara pihak-pihak Malaysia dan antarabangsa demi mengukuhkan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam perlumbaan menuju kepada sifar bersih.

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

34 mins ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

5 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

5 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

5 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

5 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

6 hours ago