KPDN Ambil Tindakan Terhadap Kedai Makan Yang Tular Didakwa Mahal Oleh Isteri Mawi

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan luahan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat yang terkejut dicaj dengan harga yang didakwa mahal ketika makan makanan laut di sebuah gerai medan selera di Johor Bahru.

Menerusi video sohor itu, Ekin mendakwa dia telah dikenakan caj sebanyak RM1,260 ketika datang makan bersama keluarganya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Caj Makan Satu Keluarga Cecah RM1,260 Di Medan Selera, Isteri Mawi Luah Rasa Terkejut

Video tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian ramai termasuk pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.

KPDN keluarkan notis kepada kedai makanan laut terbabit

Terbaharu, KPDN telah mengeluarkan notis kepada kedai makanan laut selepas didakwa mengenakan bayaran yang mahal.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.

“Premis juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.

“Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Kes masih dalam siasatan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pemilik kedai makan tampil beri penjelasan

Terdahulu, pemilik kedai berkenaan tampil menerusi satu video penjelasan mengenai harga makanan yang dikenakan kepada Ekin.

Menurut wanita itu, Ekin pada 30 September lalu telah singgah ke gerainya bersama 20 ahli keluarga yang lain termasuk kanak-kanak.

Dia kemudian menyenaraikan hidangan yang diambil oleh Ekin sekeluarga berserta harga bagi setiap hidangan itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Mawi Dakwa Dicaj RM1,260, Pemilik Kedai Tampil Beri Penjelasan [Video]

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

20 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

21 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

21 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

22 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

23 hours ago