fbpx
Now Reading
2 Rangka Manusia Dijumpai Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan – PDRM

2 Rangka Manusia Dijumpai Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan – PDRM

Dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti ditemui bersama sehelai bendera Perak, sarung bantal biru serta beberapa potong pita pelekat di atas bumbung bangunan di Sitiawan, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Oktober) penduduk di Sitiawan, Perak dikejutkan dengan penemuan dua rangka manusia di atas bumbung sebuah bangunan bersebelahan sebuah bank.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah, pihak PDRM telah menerima laporan tentang kejadian tersebut daripada seorang wanita pada jam 10.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan pita pelekat berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni serta cebisan kain bendera Perak,” kata Mohamed Nordin.

Bukan itu sahaja, pihak polis juga telah menemui cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu serta sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Rangka Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan Lanjut

Susulan itu, rangka yang dijumpai itu telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Tambah Mohamed Nordin, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dan suspek berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.

PDRM Perak dalam masa sama menyeru orang ramai yang mempunyai info tentang kes berkenaan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-16.jpg
Sumber: Facebook Polis Daerah Manjung
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.