“Tiada Sekatan Hantaran Di Facebook Berkaitan Palestin”- Fahmi Fadzil

Sejak awal bulan lalu, konflik di antara Palestin dan Israel nyata mengejutkan dan mendapat perhatian dari masyarakat seluruh dunia.

Masing-masing mempunyai cara mereka tersendiri dalam menyatakan bentuk sokongan khususnya buat rakyat Palestin.

Antara bentuk sokongan yang biasa dilihat adalah melalui sumbangan derma dan juga hantaran melalui media sosial seperti di Instagram, Twitter (X), Tik Tok dan Facebook.

Namun, sejak kebelakangan ini, ada ura-ura yang mengatakan hantaran berkaitan Palestin disekat oleh sesetengah pihak di media sosial khususnya di Facebook.

Fahmi Fadzil Nafi Wujud Sekatan Hantaran Berkaitan Palestin

Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil menolak wujudnya sekatan berkaitan Palestin daripada Meta kepada pengguna yang berkongsi atau memuat naik hantaran berkenaan.

Beliau mengesahkan bahawa ada menerima mesej kononnya daripada Facebook (FB) atau Meta, namun setelah disiasat, mesej tersebut adalah tidak benar.

Namun, pihaknya ada menerima aduan daripada pengguna TikTok yang mana hantaran mereka diturunkan dalam masa seminit selepas dimuat naik kerana terdapat perkataan Hamas.

“Pada waktu ini, tidak ada sekatan di Facebook. Bagaimanapun, di TikTok, ada yang mengadu konten mereka yang mengandungi perkataan Hamas diturunkan.

“Pada jam 1.20 tengah hari muat naik, jam 1.21 telah diturunkan dengan alasan melanggar garis panduan komuniti. Kita sudah berhubung dengan TikTok namun masih belum terima penjelasan sebenar dan sudah minta bantuan Wisma Putra bagi mendapatkan panduan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Gesa Rakyat Malaysia Bersatu Hati Sokong Perjuangan Palestin

Pada masa yang sama, Fahmi turut menggesa rakyat Malaysia agar bersatu hati dalam menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin terutama di Gaza dan Tebing Barat.

“Saya gesa semua rakyat malaysia bersama-sama dalam perjuangan ini.

“Ini bukan isu umat Islam semata-mata. Beberapa hari lepas, sebuah gereja tertua di Gaza telah dibom. Ini bukti rejim Zionis tidak mengenal agama atau bangsa, semua menjadi mangsa.

“Kerajaan juga usaha sampaikan bantuan kepada Palestin, dan banyak lagi bantuan akan menyusul pada masa hadapan,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Meta Perjelas Gangguan ‘Bug’ Punca Akaun Media Sosial Disekat Lepas Kongsi Isu Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

5 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

5 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

6 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

6 hours ago