fbpx
Now Reading
Meta Perjelas Gangguan ‘Bug’ Punca Akaun Media Sosial Disekat Lepas Kongsi Isu Palestin
meta palestin

Meta Perjelas Gangguan ‘Bug’ Punca Akaun Media Sosial Disekat Lepas Kongsi Isu Palestin

Meta memberitahu bahawa gangguan akaun media sosial pengguna tidak mempunyai kaitan dengan konten yang disiarkan termasuklah isu Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, ramai pihak yang mendakwa akaun media sosial mereka disekat dan dipadam kerana banyak menyebarkan kesedaran tentang isu yang berlaku di Palestin.

Antara salah seorang individu yang dipadam akaun media sosialnya di TikTok kerana berkongsi tentang Palestin adalah selebriti serta usahawan tempatan iaitu Nadiyah Shahab.

Menurutnya, akaun miliknya itu dipercayai telah dipadam akibat kelantangan dia bersama suami dalam bersuara selain memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan: “Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin

Sumber: Instagram @nadiyah.shahab

Meta Maklumkan Isu Akaun Disekat Kerana Kongsi Peperangan Palestin-Israel Berpunca Dari Gangguan ‘Bug’

Selepas menerima banyak laporan berhubung isu akaun media sosial disekat, Pengarah Komunikasi Meta, Andy Stone menjelaskan terdapat gangguan ‘bug’ yang berlaku dan telah memberi kesan kepada Instagram Stories beberapa pengguna yang berkongsi semula video reels serta juga hantaran lain.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman X (Twitter @andystone), gangguan untuk berkongsi semula hantaran di Instagram Stories menyebabkan jumlah ‘reach’ berkurangan bagi sesetengah pihak.

Tambahnya lagi, gangguan yang berlaku tidak mempunyai sebarang kaitan dengan konten yang disiarkan di media sosial pengguna.

Gangguan yang berlaku ini terjadi kepada pemilik akaun seluruh dunia dan tiada kaitan dengan subjek konten yang dikongsikan. Kami akan berusaha untuk memperbaikinya secepat mungkin.

Pengarah Komunikasi Meta, Andy Stone.

Tips Untuk Elak Akaun Media Sosial Disekat Kerana Berkongsi Tentang Isu Palestin

Sesetengah pihak mendakwa akaun mereka disekat oleh sistem media sosial kerana terlalu kerap berkongsi tentang isu Palestin.

Jom kami kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan akaun media sosial disekat oleh kerana perkongsian berkaitan Palestin.

Antara tips tersebut adalah:

  • Selang-selikan hantaran berkaitan Palestin dengan perkara lain.
  • Menulis perkongsian anda yang berbentuk teks di aplikasi ‘Notes’ di telefon dan screenshot sebelum dimuat naik di media sosial.
  • Menulis perkataan Palestin dan Israel dalam ejaan yang salah tetapi masih boleh difahami.
  • Restart semula telefon jika aplikasi media sosial tidak boleh dibuka.
  • Meletakkan link sumbangan di bahagian bio media sosial.
  • Mengaktifkan tetapan ‘Sensitive’ Content’.

Semoga tips-tips yang dikongsikan ini membantu anda semua untuk terus berkongsi tentang isu yang berlaku di Palestin.

Artikel Berkaitan: Ini 6 Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Anda Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.