Buat Laporan Palsu Sebab Takut Dimarahi Bapa, Remaja 13 Tahun Dakwa Kononnya Diculik

Tugas mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Sebagai ibu bapa, masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Ada segelintir yang menggunakan cara lembut dalam mendidik, namun ada juga yang tegas hingga kadangkala boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku anak-anak antaranya seperti rasa takut atau cenderung untuk menipu bagi menyelamatkan diri.

Buat Laporan Polis Palsu Gara-Gara Tidak Mahu Dimarahi Bapa

Gara-gara takut dimarahi bapa kerana lambat pulang daripada sekolah, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diculik.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Abdul Malik Hasim, remaja berkenaan hadir ke kaunter aduan Balai Polis Lenggeng bersama bapanya jam 9.26 malam pada 25 Oktober 2023 bagi membuat laporan polis kononnya diculik di hadapan sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, Negeri Sembilan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 13 tahun menyatakan pada pukul 2.15 petang (25 Oktober 2023) semasa dia berada di perhentian bas di hadapan salah sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini telah datang sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih berhenti dan menghampirinya.

“Dia memaklumkan suspek seorang lelaki telah menariknya masuk ke dalam kereta dan mengikat tangan dan mulutnya,” katanya.

Remaja itu kemudiannya memaklumkan suspek telah membawanya ke lokasi yang tidak diketahui namun dia berjaya melarikan diri.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kejadian culik itu tidak berlaku dan remaja berkenaan sengaja mereka cerita kononnya diculik kerana bimbang dimarahi bapa.

“Ini kerana dia terleka bermain di rumah rakannya dan telah lewat untuk pulang ke rumah.

“Justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular di Whatsapp satu laporan polis berhubung kejadian culik tersebut kononnya mangsa dibawa keluar dari lokasi yang tidak diketahui dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

Namun, mangsa sempat diselamatkan oleh seorang wanita selepas dia didakwa berjaya menyelamatkan diri dengan membuka pintu bahagian belakang kereta yang tidak berkunci sewaktu suspek memberhentikan kenderaan di tepi Jalan Besar Lenggeng, Nilai.

SIARAN MEDIA PDRM Ketua Polis Daerah Nilai LAPORAN KEJADIAN CULIK PELAJAR SEKOLAH DI LENGGENG, NEGERI SEMBILAN Nilai,…

Posted by Polis Daerah Nilai on Thursday, 26 October 2023

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Tak Cukup Duit Nak Buat Majlis Kahwin, Rider Sanggup Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tertekan Isteri Minta Duit, Lelaki Di Johor Nekad Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

1 hour ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

2 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

3 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

3 hours ago