Isu Telur Rebus Buruk: MARA Sahkan Tiada Pelajar Keracunan Makanan

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media mengenai kes keracunan makanan yang melibatkan beberapa orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang, Negeri Sembilan selepas menikmati hidangan telur rebus ‘buruk’ di dewan selera.

Segalanya bermula apabila seorang wanita yang dipercayai ibu kepada seorang murid MRSM itu memuat naik satu hantaran berserta gambar telur buruk di akaun Facebook miliknya, Amira Alia Faizul.

Susulan daripada hantaran itu, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengarahkan siasatan dibuat berhubung kejadian terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: MARA Diarah Siasat Kes Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’

Tiada Pelajar keracunan Makanan Seperti Didakwa

Terbaharu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa tiada pelajar yang terlibat dengan keracunan makanan seperti yang tular di media sosial.

Malah, prestasi kebersihan persekitaran dan proses pengendalian makanan Dewan Selera MRSM Kuala Klawang turut berada dalam keadaan baik.

“Tindakan segera sudah diambil oleh pihak pengurusan MRSM dengan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalankan siasatan segera ke atas Dewan Selera berkenaan.

“Pemeriksaan rapi oleh PKD sudah dijalankan dan prestasi kebersihan persekitaran adalah baik serta proses pengendalian makanan adalah mematuhi standard yang ditetapkan.

“Lanjutan daripada pemerhatian itu, PKD dan pihak pengurusan MRSM sudah memberi beberapa teguran ke atas pengusaha Dewan Selera,” jelas MARA menerusi satu kenyataan yang dipetik dari Harian Metro.

Pemantauan Ke Atas Pelajar Turut Dilaksanakan

Malah, pihak mereka turut menjalankan pemantauan ke atas pelajar MRSM tersebut bagi memastikan tiada pelajar yang mengalami keracunan makanan.

“Setakat ini tiada pelajar terbabit dengan gejala keracunan makanan seperti yang didakwa. MARA sentiasa memberikan keutamaan dalam memastikan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pembekal makanan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam penyediaan makanan bermasak untuk pelajar.

“Sehubungan itu, MARA meminta agar ibu bapa tidak perlu bimbang dan sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan MRSM berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Tambah MARA lagi, pihak mereka sentiasan prihatin dengan kebajikan dan keselamatan seluruh pelajar di Institusi Pendidikan Mara (IPM) termasuk MRSM dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur yang ditetapkan sekiranya kejadian seumpama itu berlaku.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut apa-apa mengenai kondisi telur tersebut atau punca telur tersebut menjadi rosak sebegitu rupa.

Terdahulu, hantaran yang mendakwa beberapa orang pelajar MRSM Kuala Klawang mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas makan telur rebus ‘buruk’ nyata mencuri perhatian ramai.

Ekoran daripada insiden tersebut, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan terbabit.

Foto: Media Sosial
Foto: Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Keracunan Makan Ikan Buntal, Warga Emas Meninggal Dunia & Suami Dilaporkan Kritikal

Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Kongsi 4 Cara ‘Defrost’ Bahan Mentah Agar Tidak Berlaku Keracunan Makanan [Video]

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

12 mins ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

50 mins ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

1 hour ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

2 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

2 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago