Non-Muslim Bebas Jual Nasi Kandar Lauk Babi Kepada Orang Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular sebuah gerai makanan yang menjual hidangan nasi kandar dan nasi lemak yang tidak halal.

Perkara tersebut yang sohor di media sosial telah mendapat perhatian ramai sekaligus menjadi perdebatan hangat netizen di Malaysia.

Peniaga nasi kandar berkenaan kemudiannya tampil menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk mengelirukan sesiapa memandangkan gerainya terletak di dalam restoran yang hanya menyediakan makanan untuk bukan Islam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Nak Kelirukan Siapa-Siapa” – Peniaga Nasi Kandar Lauk Babi Beri Penjelasan Sebenar

Non-Muslim bebas jual makanan tidak halal kepada orang bukan Islam

Susulan itu, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan bahawa orang bukan Islam bebas menjual makanan tidak halal seperti nasi berlauk daging babi kepada masyarakat bukan Islam.

Menurut Wan Salim, hal ini kerana orang bukan Muslim tidak terikat dengan sebarang hukum seperti orang yang beragama Islam lain.

“Tetapi mana-mana premis yang menjual makanan sedemikian (tidak halal) hendaklah memaparkan iklan atau notis memaklumkan status makanan tersebut supaya tidak dimakan oleh penganut Islam.

“Pihak penguatkuasaan agama hendaklah mengarahkan premis-premis berkenaan supaya berbuat demikian,” katanya kepada Malaysiakini semalam (31 Oktober).

Larangan makan khinzir buat umat Islam jelas dinyatakan dalam al-Quran

Menurutnya lagi, larangan memakan daging khinzir ke atas umat Islam dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran dan sebab larangan adalah ia disifatkan sebagai ‘rijsun’ yang boleh difahami sebagai najis atau kotor.

Jelas Wan Salim, Islam juga melarang umatnya daripada memakan benda-benda yang kotor atau menjijikkan yang disebut sebagai ‘Khaba’ith’.

Berkongsi lanjut, beliau berkata ilmu perubatan moden juga telah menemui sejenis cacing yang terkandung di dalam daging khinzir yang dinamakan sebagai ‘treichine’.

“Cacing ini amat berbahaya terhadap kesihatan manusia dan menyebabkan penyakit yang sukar diubati. Bagi srorang Muslim, apa jua yang dilarang oleh agama Islam hendaklah dihindari sama ada diketahui sebab ia dilarang atau tidak.

“Keimanan kepada wahyu Allah sudah memadai bagi seorang Muslim untuk mematuhi segala perintah Tuhannya termasuk dalam soal makan dan minum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar berhati-hati dalam soal makan dan minum supaya tidak termakan benda yang diharamkan.

Sekadar info, Treichine boleh menyebabkan Trichinosis, yang boleh menjangkiti seseorang akibat memakan daging mentah atau tidak cukup masak daripada haiwan yang dijangkiti parasit.

Presma buat bantahan, anggap nasi kandar lauk babi sebagai penghinaan

Terdahulu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) telah membuat bantahan terhadap premis yang menjual nasi kandar berlauk babi berkenaan.

Presiden Presma, Jawahar Ali Taib Khan berkata, tindakan itu dianggap bersifat penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang diketahui telah dipelopori oleh pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun dahulu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

45 mins ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

51 mins ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

59 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

2 hours ago