“Tiada Niat Untuk Memalukan” – Speaker Dewan Rakyat Ulas Cadangan Pamer Nama Ahli Parlimen Ponteng

Baru-baru ini, hangat laporan media mengenai cadangan mempamerkan nama-nama ahli Parlimen yang ponteng dengan sengaja di dalam laman web rasmi Dewan Rakyat.

Ia merupakan langkah penambahbaikan yang dicadangkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebagai usaha untuk meningkatkan kehadiran ahli Parlimen dalam setiap persidangan dewan.

Namun, cadangan ini nyata mendapat pelbagai respon yang berbeza daripada ahli Dewan Rakyat. Ada yang menganggap ia sebagai satu cadangan yang tidak munasabah dan memalukan.

Tolak Dakwaan Ia Satu Perkara Yang Memalukan

Mengulas lanjut mengenai respon tersebut, Johari menegaskan bahawa beliau tiada niat untuk memalu atau menjatuhkan martabat mana-mana ahli parlimen yang ponteng dengan memaparkan nama mereka di laman web Dewan Rakyat.

Beliau memahami komitmen dan tanggungjawab setiap ahli Parlimen dan tidak semestinya perlu hadir ke setiap persidangan.

“Memalukan? Saya tidak pernah berniat untuk memalukan. Saya sudah menyatakan ahli-ahli Parlimen ada komitmen, tidak semestinya ada di sini kerana ada tugas lain. 

“Baca laporan itu betul-betul… tidak semestinya semua ahli Parlimen harus ada di sini kerana mereka ada tugas lain. 

“Namun, (saya beritahu) apa juga cadangan akan dibawa ke jawatankuasa peraturan mesyuarat. Saya sangat jelas, saya tidak bermaksud memalukan anda (ahli Parlimen),” kata beliau sewaktu menjawab hujah Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang memohon agar cadangan tersebut diteliti semula.

Anggap Kehadiran Sebagai Satu Perkara Subjektif

Pada masa yang sama, Ronal Kiandee turut mempersoal sama ada cadangan itu akan melibatkan ahli Parlimen di dalam eksekutif atau tertakluk kepada Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) dan pembangkang. 

Malah, beliau menganggap Johari tidak boleh membuat keputusan secara satu pihak kerana peraturan mesyuarat Dewan Rakyat tidak terlalu ketat tentang soal kehadiran dalam Dewan.

“Kehadiran ini subjektif, kerana ahli-ahli Parlimen duduk satu minit keluar dan pulang juga dikira sebagai hadir dalam dewan. Bagaimana anda menafsirkan kehadiran ini? 

“Apabila Speaker buat kenyataan di luar dan isu ini jadi panas, kita ahli Parlimen dilihat sebagai ponteng Parlimen tanpa sebab, dan tidak mewakili kehendak rakyat, dan imej perlu dibaiki. 

“Anda mahu lihat 222 ahli Parlimen duduk sini? Tidak, ini tidak akan berlaku. Saya setuju ahli Parlimen mesti hadir, tetapi melihat, hukum dan malukan mereka bukan tindakan yang baik mengangkat martabat Parlimen,” kata beliau.

Langkah Pelaksanaan Perlu Diperjelaskan

Selain Ronald, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut mengulas mengenai cadangan itu.

Beliau bersetuju dan menyambut baik hasrat berkenaan namun beliau berpendapat langkah pelaksanaannya perlu diperincikan lagi.

Jelas beliau, jika ahli parlimen tersebut berada di pihak kerajaan, sudah pastinya menteri atau timbalan menteri mempunyai pelbagai urusan yang menyebabkan mereka sukar untuk hadir ke persidangan.

Terdahulu, media melaporkan ada cadangan untuk memaparkan nama-nama ahli Parlimen yang ponteng dengan sengaja di laman web rasmi Dewan Rakyat.

Ia merupakan antara langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kehadiran mereka dalam persidangan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili.

Baca Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Dilarang Buat ‘Live Streaming’ Ketika Dewan Rakyat Bersidang

Baca Artikel Berkaitan: Pembantu Ahli Parlimen Diarah Keluar Gara-Gara Pakai Skirt Pendek Terbelah

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

32 mins ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

54 mins ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

2 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

2 hours ago