Graduan UniSZA Terima Berita Bapa Meninggal Dunia 15 Minit Sebelum Terima Skrol

Setiap yang bergelar graduan pastinya ingin menunjukkan kejayaan yang dikecapi kepada ibu bapa selepas berhempas pulas bertahun-tahun untuk memiliki segulung ijazah.

Malah kejayaan itu juga merupakan salah satu hadiah yang ingin diberikan kepada ibu bapa kerana merekalah insan yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan untuk terus berusaha sehingga berjaya.

Pelajar terima panggilan bapa sudah meninggal dunia 15 minit sebelum naik pentas

Namun siapa sangka perkara itu hanya menjadi sekadar impian seorang graduan di Univerisiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila dia menerima berita duka mengenai pemergian bapa tercinta 15 minit sebelum menerima skrol ijazahnya pada hari konvokesyennya.

Berita sedih itu telah dikongsikan oleh UniSZA menerusi laman rasminya di Facebook.

Jelas UniSZA, pelajar yang dikenali sebagai Haslina Kalang berusia 23 tahun itu menerima berita pemergian bapanya, Kalang Tona, 56, itu menerusi panggilan telefon daripada jirannya di Tawau, Sabah.

Bapa pelajar itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi semasa pelajar itu berada di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini (6 November).

Awalnya rasa berat hati dan risau keadaan kesihatan bapa yang menghidap strok

Haslina yang merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) memaklumkan dia berasa berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen berkenaan kerana risau akan keadaan kesihatan bapa yang menghidap penyakit strok.

“Ayah suruh saya datang juga konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

“Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun, saya kuatkan juga untuk naik sekejap menerima skrol,” ujarnya.

Jaga bapa selepas tamat belajar

Haslina yang merupakan anak kedua dari lima adik-beradik memberitahu sebaik sahaja tamat belajar dia telah menjaga bapanya sepenuh masa sebelum bekerja dimana-mana tempat.

“Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya reda dengan pemergian dia di hari konkesyen saya hari ini,” kata Haslina lagi.

Haslina telah berada di Terengganu sejak dua hari lalu dan ditemani oleh kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk menghadiri majlis konvokesyen pada hari ini.

Terima sumbangan RM2,500 untuk beli tiket pulang ke Sabah

UniSZA dalam pada itu, tidak melepaskan peluang apabila turut memberikan sumbangan kepada graduan berkenaan sebanyak RM2,500 untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah pada hari sama.

Pelajar berkenaan sepatutnya pulang ke Sabah pada 7 November selepas majlis konvokesyennya selesai.

UniSZA turut berkongsi beberapa foto memaparkan Haslina ketika sedang mengambil skrol yang di berikan oleh Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Datuk Dr Mohd Yusoff Hj Md Nor.

Malah dia turut dipeluk Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prog Madya Dr Syarilla Irayani Ahmad Saany.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dengan graduan ini, dan mendoakan dia untuk terus kuat.

“Allahu, sedih anak ini dirasakan, be strong. Doa indah-indah buat almarhum ayahnda di negeri abadi”

“Salam takziah dan semoga dipermudahkan segala urusan”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

1 hour ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

2 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

3 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

4 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

6 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

6 hours ago