Seorang pemandu bas ditahan dalam Ops Patuh Bersepadu di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang pada malam tadi (8 November) selepas dia didapati hanya memiliki lesen motosikal.
Malah lelaki berusia 22 tahun itu juga memberi alasan memandu kenderaan berat terbabit kerana menggantikan tugas abangnya.
Difahamkan, dia memandu bas persiaran yang membawa kira-kira 40 penumpang termasuk warga asing yang bekerja sebagai kontraktor.
Menurut lelaki itu, dia dalam perjalanan membawa penumpang terbabit dari tempat kerja di Serdang menujuk ke asrama mereka di Kajang sebelum ditahan pihak berkuasa dalam operasi berkenaan.
“Selalunya abang saya yang bawa bas, saya hanya ganti sahaja sebab dia ada kenduri malam ini. Abang bagi upah RM30 untuk bawa bas ini kali ini (satu trip).
“Saya tahu bawa bas walaupun tiada lesen sebab selalu ikut abang bawa bas. Selalunya bas yang dibawa adalah bas kilang, namun hari ini kebetulan bas itu rosak dan bas persiaran ini disewa.
“Sebelum ini, saya pernah bawa bas beberapa kali dan ini kali pertama saya ‘kantoi’ bawa bas walaupun ada lesen motosikal sahaja,” katanya dipetik Harian Metro.
Tindakan pemuda itu yang memandu bas tanpa lesen menyebabkan bas persiaran terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 5,223 kenderaan diperiksa dalam operasi terbabit yang dijalankan dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 281 kenderaan diambil tindakan dengan 531 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan serta empat kenderaan disita termasuk sebuah bas yang dipandu tanpa lesen.
“Kesalahan paling banyak dikesan dilakukan adalah kesalahan teknikal iaitu ubah suai seperti tayar motosikal serta nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain,” kata Azrin.
Untuk info, dalam operasi itu seramai 106 pegawai dan anggota penguat kuasa daripada JPJ, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Tambah Azrin lagi, sebanyak 55 saman polis telah dikeluarkan oleh pihak JSPT dalam operasi yang sama.
Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…
Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.
Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…