“Hang Memang Berani” -Caprice Bayarkan Denda RM1,000 Jurutera Conteng ‘Terrorist’ Di Kedutaan AS [Video]

Semalam (8 November), kami melaporkan berhubung seorang lelaki yang bekerja sebagai jurutera yang dihukum denda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala lumpur.

Hukuman denda itu dijatuhkan atas kesalahan lelaki terbabit menconteng tulisan ‘terrorist’ pada tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Perkara itu dilakukan jurutera dikenali sebagai Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah selepas berasa tidak puas hati mengenai peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki berusia 23 tahun untuk dipenjara selama sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda RM1,000 itu.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Tulis ‘Terrorist’ Di Tembok Kedutaan AS Guna Cat Penyembur

Ramai beri perhatian dan nak bantu termasuk Caprice

Laporan tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian orang ramai.

Meskipun tahu ia merupakan satu kesalahan kerana telah merosakkan harta benda awam namun tindakan itu dianggap berani.

Malah ramai yang ringan tulang untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membantu Ahmad Ridzwan untuk membayar denda tersebut termasuklah selebriti seperti Caprice.

Caprice menerusi hantaran di Instagram miliknya telah bertanya sekiranya terdapat pengikutnya yang mengenali pemuda berkenaan.

“Siapa-siapa kenal adik ni? PM (personal message) tepi.. Cap payung (belanja),” tulisnya pada hantaran pertama.

Caprice bayar denda RM1,000 yang dikenakan terhadap jurutera

Beberapa jam selepas itu, Caprice kemudian memuat naik satu lagi video yang tertera bertulis ‘Settle’ (selesai).

Selain itu, penyanyi rap tersebut turut berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan dia telah membuat pembayaran bernilai RM1,000 bagi menyelesaikan denda yang dikenakan kepada Ahmad Ridzwan.

Puji sikap berani

Malah dia turut memuji pemuda itu di atas keberaniannya.

“Settle.. Hang (awak) memang berani dik, dan kita sentiasa di belakang sahabat-sahabat kita yang bejuang demi Al-Aqsa. Insya-Allah,” katanya lagi di ruangan kapsyen.

Mengintai di ruangan komen ramai yang memuji pemuda itu dengan menyatakan dia mempunyai semangat juang yang tinggi.

Malah pelakon, Ellie Suriaty di dalam komen menyatakan apa yang dikenakan kepada Ahmad Ridzwan hanyalah hukuman di atas dunia sahaja.

“Tak apa dik. Itu hukuman atas dunia saja. Sakit diaorang kena conteng dekat bangunan dia, memang ‘terrorist’ sekongkolan demi nak capai agenda dajjal laknatullah!..”

“Power adik ni, good boy dik. Terima kasih Cap”

“The real fighter… mesti membara dalam diri tu memberontakkan.. steady dik. Kekalkan begitu Allahuakbar”

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

7 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

11 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

11 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

11 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

12 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

12 hours ago