fbpx
Now Reading
Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Tulis ‘Terrorist’ Di Tembok Kedutaan AS Guna Cat Penyembur

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Tulis ‘Terrorist’ Di Tembok Kedutaan AS Guna Cat Penyembur

Lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan konflik Palestin-Israel yang sedang berlaku ketika ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, lebih 10,000 rakyat Malayssia telah berkumpul di Ibu Negara bagi mengadakan perhimpunan solidariti terhadap Palestin yang pada ketika ini ditindas oleh penjajah Israel.

Dalam perhimpunan tersebut, orang ramai dilihat berkumpul di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada 28 Oktober lalu.

Difahamkan, perhimpunan solidariti Palestin itu dilakukan bagi mendesak pihak rejim Zionis untuk menghentikan serangan mereka terhadap wilayah Semenanjung Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Terima 3 Notis Dari AS Kerana Enggan Label Hamas Pengganas, Kata PM Anwar

Lelaki didenda RM10,000 kerana conteng ‘terrorist’ di tembok kedutaan AS

Namun, lain pula nasib yang menimpa seorang lelaki ini apabila dia dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini (8 November) kerana menconteng tulisan ‘terrorist’ di tembok bangunan kedutaan AS.

Lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan konflik Palestin-Israel yang sedang berlaku ketika ini.

Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh yang bekerja sebagai jurutera projek itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan Ahmad Ridzwan untuk dipenjara sebulan, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Tulis ‘terrorist’ dengan penyembur cat yang menyebabkan kerugian RM200

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan harta kepunyaan Kedutaan Besar Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 iaitu menconteng tulis ‘terrorist’ dengan menggunakan penyembur cat warna merah.

Kesalahan itu dilakukan di tembok luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menghadap Jalan Tun Razak antara pukul 5.30 pagi hingga pukul 5.45 pagi pada 28 Oktober lalu.

Hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Peguam tertuduh merayu agar hukuman denda lebih renda dikenakan

Semasa prosiding, peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Rhastdan Abdul Wahab merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda yang lebih rendah tanpa pemenjaraan.

Menurutnya, Ahmad Ridzwan yang masih bujang itu perlu menanggung ibunya yang juga ibu tunggal bersama seorang nenek.

“Anak guam melakukan kesalahan itu kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang melanda Palestin. Dia cuma mahu menyampaikan pandangan peribadinya kepada pihak kedutaan, dan bukan mahu menyebabkan kerugian kepada mana-mana pihak,” katanya dipetik Kosmo.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.