
Penduduk Dagestan Bantah Ketibaan Pendatang Israel Di Lapangan Terbang
Satu laporan berita tempatan mendedahkan pesawat yang membawa penumpang Israel itu milik syarikat penerbangan Rusia, Red Wings.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam (29 Oktober), tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan berlaku kekecohan di hadapan sebuah lapangan terbang di Rusia.
Mengikut maklumat awal, kejadian tersebut berlaku di wilayah Dagestan selepas penduduk di kawasan itu mengetahui sebuah pesawat daripada Tel Aviv telah mendarat di sana.
Menerusi perkongsian video di laman X (Twitter) @AhmadFaezal4, kelihatan orang ramai sedang berkumpul di hadapan terminal lapangan terbang terbabit sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda bantahan mereka.
Lepas dengar ada penerbangan dari Tel Aviv, punyalah ramai penduduk Makhachkala turun sana nak "berjumpa". pic.twitter.com/y6Ci8rVhoJ
— Ahmad Faezal (@AhmadFaezal4) October 29, 2023
Penduduk Dagestan bantah ketibaan pendatang Israel ke tempat mereka
Menurut Al Jazeera, kejadian pada Ahad (29 Oktober) itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala selepas ratusan penduduk membantah ketibaan para pendatang Israel itu.
Tidak hanya itu, orang ramai juga dilihat berjaya memecah masuk ke kawasan pemeriksaan keselamatan sehingga ada yang berada di atas runway lapangan terbang terbabit sebelum dihalang oleh pihak pengawal keselamatan.
Kena serbu 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/15zugcJcZF
— hantu pocong (@hantupo69811886) October 29, 2023
Pihak berkuasa berjaya menutup dan mengawal lapangan terbang terbabit
Pihak berkuasa kemudiannya menutup dan mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala yang dikatakan terletak di wilayah penuh Muslim itu.
Dalam pada itu, satu laporan berita tempatan mendedahkan pesawat yang membawa penumpang Israel itu milik syarikat penerbangan Rusia, Red Wings.
Pejabat Perdana Menteri Israel desak Rusia jaga orang Israel
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan mendesak agar Russia melindungi semua rakyatnya dan orang yahudi.
“Israel mengharapkan pihak berkuasa Russia untuk melindungi keselamatan semua rakyat Israel dan Yahudi di mana sahaja mereka berada dan bertindak tegas terhadap perusuh dan menentang hasutan liar,” katanya.
Sebagai info, Dagestan merupakan sebuah wilayah di Rusia yang dihuni oleh penduduk beragama Islam. Terletak di Caucasus Utara, ia menempatkan kira-kira 3.2 juta penduduk di pinggir barat laut Caspian.
TERKINI 🇷🇺: Penumpang yang turun dari penerbangan dari Tel Aviv ke Makhachkala segera dibawa masuk balik ke pesawat kerana demonstrasi besar-besaran pro-Palestin di Lapangan Terbang Antarabangsa Makachkala. pic.twitter.com/dwCVpMsPGh
— Lensa Geopolitika (@LGeopolitika) October 29, 2023
Seorang pendatang Israel berjaya daftar masuk ke dalam hotel di Dagestan
Menurut laporan Malaysia Gazette pula, dikatakan seorang lelaki dipercayai pendatang Israel telah mendaftar masuk ke Hotel Flamingo di Khasavyurt.
Menerusi rakaman yang dikongsikan, kedengaran orang ramai menjerit dengan berkata, ‘Tunjukkan muka anda, atau kami akan masuk ke hotel dan tarik anda keluar dari sana!’.
Seorang lelaki dipercayai warga Israel telah mendaftar masuk ke Hotel Flamingo di Khasavyurt, Dagestan di Rusia.
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) October 30, 2023
Orang ramai berkumpul di hadapan hotel dan mula menjerit:
"Tunjukkan muka anda, atau kami akan masuk ke hotel dan tarik anda keluar dari sana!"
Video: Sosial Media… pic.twitter.com/yuXVznoUON