fbpx
Now Reading
Malaysia Terima 3 Notis Dari AS Kerana Enggan Label Hamas Pengganas, Kata PM Anwar

Malaysia Terima 3 Notis Dari AS Kerana Enggan Label Hamas Pengganas, Kata PM Anwar

Menurut Anwar, pihaknya melalui Kementerian Luar telah menerima notis tersebut sebanyak dua kali pada 13 Oktober dan 30 Oktober lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (31 Oktober) mendedahkan bahawa Malaysia menerima dua notis demarche daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana enggan menganggap pejuang Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Menurut Anwar, dua notis itu diterima daripada Kementerian Luar pada 13 dan 30 Oktober lalu serta satu panggilan untuk wakil Malaysia di AS pada 18 Oktober.

Menjawab kepada persoalan tentang apakah bentuk ancaman yang diterima, beliau menjelaskan bahawa Kedutaan AS telah menekan Malaysia sebanyak tiga kali supaya memperakui Hamas sebagai kumpulan pengganas.

“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas,” kata beliau semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat.

Sumber: Malay Mail

Semua Negara Islam Sepakat Dengan Isu Pembukaan Laluan Kemanusiaan Tanpa Sekatan

Dalam pada itu, Anwar turut berkata kesemua negara Islam telah sepakat bahawa pembukaan laluan kemanusiaan tanpa sekatan ke Gaza adalah satu keutamaan.

Isu berkenaan telah dibangkitkan semasa lawatan kerja beliau ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir berhubung serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Selain itu, Malaysia turut menyatakan kesediaan negara bekerjasama dengan negara-negara Islam dan sehaluan (like minded countries) lain bagi mencari penyelesaian yang adil dan menyeluruh untuk menangani konflik di Palestin.

Pendirian teguh negara untuk menyokong perjuangan Palestin juga dikongsi bersama 119 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semasa Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB pada 27 Oktober lalu.


Wan Fayhsal Berkata Demarche Daripada Pihak AS Bukan Satu Ugutan

Sementara itu, Anggota Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata demarche yang dikatakan oleh PMX itu bukanlah bermaksud ugutan.

Jelasnya, ia adalah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pendirian rasmi kerajaan iaitu berkaitan isu Palestin tersebut.

“Beliau menganggap itu satu ugutan tapi saya rasa ini tidak tepat, dia ada impak yang serius terhadap hubungan luar kita dengan mana-mana negara yang dilihat mengancam atas pendirian tentang Palestin,” kata beliau dalam sidang media di Parlimen.

Wan Fayhsal dalam masa sama turut mengaitkan perkara yang dilalui oleh Anwar pada ketika ini dengan masalah yang dihadapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terdahulu tentang kelantangan bersuara isu Palestin.

“Kalau ikut sejarah dan diplomasi dasar luar Malaysia, Tun Mahathir lebih lantang, berani serta tegas dalam isu ini tapi tak pernah sekali berkata beliau diugut,” tambahnya lagi.

Baca artikel berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat

Baca artikel berkaitan: PDRM Bakal Tingkatkan Kawalan Keselamatan PM Selepas Terima Ugutan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.