fbpx
Now Reading
PDRM Bakal Tingkatkan Kawalan Keselamatan PM Gara-gara Terima Ugutan

PDRM Bakal Tingkatkan Kawalan Keselamatan PM Gara-gara Terima Ugutan

Selepas PMX menerima ugutan yang banyak kerana tampil bersuara isu Palestin, pihak polis telah memberi jaminan untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (24 Oktober), program Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil yang dianjurkan telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat.

Selain daripada lebih 16,000 orang menyertai perhimpunan aman itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja pulang daripada lawatan Turkiye dan Mesir juga telah turun padang bagi menunjukkan soladariti bersama para pejuang Gaza.

Ketika himpunan itu, Anwar telah mendedahkan dirinya telah menerima banyak ugutan daripada beberapa negara Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Israel kerana lantang bersuara tentang isu Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat

PDRM Tingkatkan Kawalan Keselamatan Perdana Menteri

Susulan berita Anwar menerima jumlah ugutan yang banyak, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi jaminan bahawa kawalan keselamatan Perdana Menteri bakal dipertingkatkan.

Jelas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.

“Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita,” tegas beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.

Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Razarudin Husain ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Anwar Tidak Akan Berhenti Bersuara Tentang Isu Palestin

Anwar dalam masa sama berkata bahawa Malaysia akan kekal bersuara dan tetap dengan pendirian iaitu mempertahankan kebebasan negara serta memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Terdahulu, Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada malam semalam telah disertai rakyat daripada pelbagai latar belakang, bangsa, serta agama.

Perhimpunan aman yang dipenuhi oleh ribuan warga Malaysia itu menunjukkan semangat orang ramai dalam menunjukkan sokongan penuh kepada saudara seperjuangan di Palestin.

Menurut Razarudin Husain, himpunan yang membabitkan lebih 300 anggota polis itu telah berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.

Sumber: Buzzkini
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.