Lim Guan Eng Lantik Peguam, Mula Ambil Tindakan Terhadap Siti Mastura

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kepala Batas Dr. Siti Mastura Muhammad berkaitan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng.

Menurut Mastura, Lim Guan Eng mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin komunis, Chin Peng. Dia turut mendakwa Lim Kit Siang yang merupakan bapa kepada Guan Eng mempunyai kaitan dengan pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew.

Sehubungan itu, Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Siti Mastura sebagai fitnah dan satu cubaan menggunakan sentimen perkauman.

Malah, Guan Eng turut memberikan tempoh selama dua hari sehingga Khamis (9 November) kepada wanita itu untuk mengemukakan bukti kenyataan yang dikeluarkan olehnya.

Guan Eng Lantik Peguam, Ambil Tindakan Terhadap Mastura

Terbaharu, Guan Eng mengumumkan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap MP Kepala Batas itu selepas tiada respon yang diterima dalam tempoh dua hari.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, dia telah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguam bagi memulakan tindakan dan prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura.

Tindakan undang-undang itu adalah berdasarkan ucapan yang dibuat oleh Siti Mastura dalam satu Majlis Ameerah atau ahli wanita muda Pas di Kemaman, Terengganu pada 4 November yang lalu.

“Beliau secara terang-terangan menggunakan hubungan kekeluargaan yang sebenarnya tidak wujud, hanya untuk menimbulkan ketakutan terhadap DAP dan orang Cina, adalah jelas bersifat perkauman dan ekstremis. 

“Apa yang membuatkan kelakuan Siti Mastura yang tidak bertanggungjawab ini menjadi lebih teruk ialah tiada langsung seperti rasa kesal daripada beliau bahawa ucapannya penuh dengan kebencian dengan pembohongan, bersifat perkauman dan ekstremis.

“Siti Mastura enggan menunjukkan bukti mengenai dakwaan hubungan kekeluargaan tersebut malah tidak langsung menarik balik atau memohon maaf di atas pembohongan dan fitnah jahatnya,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Pemimpin Pas Perlu Nyatakan Pendirian

Pada masa yang sama, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut meminta Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian secara terbuka terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh Siti Mastura.

“Penyokong Pas tidak kisah Siti Mastura berbohong atau membuat kenyataan perkauman dan ekstrem, asalkan ia (dibuat) terhadap pemimpin DAP. 

“Atas sebab ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian mereka secara terbuka sama ada mereka senada dengan pembohongan keterlaluan dan fitnah jahat Siti Mastura atau sebaliknya,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, dalam video ucapan yang tular di media sosial, Siti Mastura mendakwa Lim Guan Eng mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin komunis, Chin Peng.

Selain daripada dia, bapanya serta isteri, terdapat nama lain yang turut disebut dan dikaitkan oleh Siti Mastura antaranya seperti Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham.

𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐲𝐢𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐘𝐚𝐬𝐬𝐢𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐨𝐡𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐮𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐋𝐢𝐦…

Posted by Lim Guan Eng on Thursday, 9 November 2023

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

3 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

7 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

7 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

7 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

8 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

8 hours ago