fbpx

Dituduh Ada Hubungan Keluarga Dengan Chin Peng, Guan Eng Beri 2 Hari Kepada Mastura Kemuka Bukti

Dakwaan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang jelas menunjukkan dia cuba memainkan sentimen politik perkauman, ekstremisme dan fitnah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat anda yang meminati dan pernah belajar subjek Sejarah, pasti anda mengetahui kisah Parti Komunis Malaya (PKM) dan Chin Peng.

Chin Peng yang dianggap sebagai ketua pengganas terkenal dengan sikapnya yang kejam dan tidak bertimbang rasa terutama kepada penduduk Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia.

Oleh sebab itu, ia menjadi satu perkara yang sensitif buat individu apabila dikaitkan dengan pengganas tersebut.

Beri Masa Dua Hari Kemuka Bukti Ada Kaitan Dengan Chin Peng

Terbaharu, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng memberi tempoh dua hari sehingga Khamis ini (9 November) berhubung dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng yang juga pemimpin komunis itu.

Menurut beliau, kegagalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad mengemukakan bukti bakal menyebabkan dia berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Malah, Mastura turut mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew.

“Saya beri peluang kepada Kepala Batas untuk menunjukkan bukti, kalau tidak dapat buktikan kita akan ambil tindakan seterusnya, membabitkan semua tindakan yang perlu diambil,” kata beliau.

Jawab balas terhadap fitnah MP Kepala Batas mengenai pertalian darah dengan Chin Peng

Tuduhan ini dulunya pernah dijawab pada tahun 2017, tapi nampaknya fitnah ini masih berleluasa.

Posted by Lim Guan Eng on Monday, 6 November 2023

Anggap Mastura Main Sentimen Politik Perkauman

Tambah Guan Eng lagi, dakwaan Mastura yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang jelas menunjukkan dia cuba memainkan sentimen politik perkauman, ekstremisme dan fitnah.

“Janganlah teruskan bermain politik kotor dan jijik ini, kita sepatutnya berdasarkan fakta dan bukan fitnah jahat sedemikian.

“Saya tidak senang hati dengan tuduhan melampau ini, mendengar nada suaranya jelas mahu merendah-rendahkan kami sebagai pemimpin secara peribadi dan berbaur perkauman,” katanya.

Untuk info, menerusi video yang tular di media sosial, Mastura melalui ucapannya di Kemaman, Terengganu menuduh Lim Kit Siang yang juga bapa kepada Guan Eng sebagai sepupu kepada Chin Peng.

Malah, dia juga mendakwa Kuan Yew adalah sepupu kepada Kit Siang selain mengaitkan isteri Guan Eng iaitu Betty Chew Gek Cheng mempunyai talian keluarga dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan juga beberapa pemimpin DAP yang lain seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Namun, Kit Siang pada tahun 2017 pernah membuat penafian bahawa beliau merupakan sepupu kepada Chin Peng.

Bahkan dia juga menafikan mempunyai hubungan keluarga dengan Lee Kuan Yew.

Menurut Kit Siang, dia mempunyai darah keturunan Hokkien manakala Chin Peng berketurunan Hockchia dan Lee pula berketurunan Hakka.

@iputra.net

Dari cerita Lim Mas Tura ni dpt disimpulkan Dinasti Unbodo bermula dari pernikahan Lim Wala Un nikah dgn Lim Wala Untit dpt Lim Un Bodo

♬ original sound – iPutra – iPutra

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.