fbpx
Now Reading
“Kalau You Nak, Beli di Pulau Pinang” – Kedah Bakal Haramkan Kedai Nombor Ekor

“Kalau You Nak, Beli di Pulau Pinang” – Kedah Bakal Haramkan Kedai Nombor Ekor

Menurut MB Kedah itu lagi, mereka mahu mencapai sifar judi pada tahun hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua cukup tahu bahawa perjudian adalah satu aktiviti pertaruhan yang melibatkan wang, harta benda atau sesuatu yang mempunyai nilai material.

Dari sudut pandang islam pula, sebarang bentuk perbuatan yang menjurus kepada pertaruhan atau perjudian adalah perbuatan haram.

Terbaharu, dalam usaha menanganinya, kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk tidak lagi memberi kelulusan kepada lesen premis perjudian.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco minggu lalu dan akan dilaksanakan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelak mudarat yang lebih banyak kepada penduduk.

Jelas beliau, aktiviti perjudian telah menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan, selain masalah hutang.

Foto : Malaymail

“Bilangan lesen premis judi di negeri Kedah ketika ini saya tidak ada angka, tapi mana-mana lesen premis yang telah tamat tempoh selepas ini tidak akan diperbaharui lagi untuk operasi perjudian.

“Saya bukan kata tutup (terus) tapi saya tidak bagi (pembaharuan) lesen premis, mula dengan tidak diberi lesen kemudian itu mereka tidak boleh beroperasilah, kita mahu capai sifar judi pada tahun depan.”

“Kerajaan tidak akan beri lesen (baru), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.”

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai. Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan,” kata beliau dipetik dari FMT.

Turut hadkan aktiviti penjualan arak

Selain aktiviti perjudian, mesyuarat Exco turut memutuskan untuk menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri berkuat kuasa serta-merta terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai permintaan.

“Di PBT (pihak berkuasa tempatan) yang tiada permintaan, khususnya di luar bandar, penjualan di premis minuman keras juga akan dihadkan.

“Kita juga telah berbincang dengan kedai bebas cukai di Langkawi dan kedai lain yang tidak mempunyai lesen, tidak lagi menjual arak secara terbuka untuk menjamin akal fikiran rakyat kita agar kekal waras”

MB Kedah, Sanusi

Dapat pelbagai respon dari orang ramai.

Keputusan mengharamkan nombor ekor tersebut mendapat respon yang berbeza dari pelbagai pihak antaranya dari golongan agamawan yang menyokong penuh pendekatan kerajaan negeri.

Sebagai contoh, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, ia kerana semua agama sememangnya melarang perbuatan judi.

“Perkara baik sebegini juga boleh diikuti oleh mana-mana negeri lain kerana kita tahu banyak masalah sosial berlaku disebabkan judi,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat memberikan nada yang berbeza apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberikan penjelasakan berhubung keputusan tersebut sama ada ianya bertepatan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ seperti yang dilaporkan Malaymail.

Foto : Malaymail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.