fbpx

Kes Buang Beras: Bekas MP Kuala Krau Mohon Maaf, Tampil Perjelas Apa Yang Terjadi

Menurut bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Dr Ismail Mohamed Said sebahagian daripada beras telah diserahkan kepada penternak di kawasan terbabit manakala sebahagian lagi dilupuskan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan puluhan kampit beras, tepung serta sardin telah dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

Video tersebut mencetuskan pelbagai andaian di kalangan orang ramai dan netizen tertanya siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Bukan hanya itu, terdapat juga pengguna yang mendakwa barangan mentah yang ditemukan di tapak terbabit dilakukan seorang ahli politik dan ia sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir di daerah Temerloh dan Maran.

Baca artikel berkaitan: Tular Video Puluhan Kampit Beras, Sardin & Tepung Di Tapak Pelupusan Sampah Temerloh

Bekas Ahli Parlime Kuala Krau ambil tanggungjawab sepenuhnya isu buang beras

Terbaharu, Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said tampil mengakui beras dan barangan makanan yang dibuang adalah miliknya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mengakui kesal dengan apa yang berlaku turut menjelaskan bahawa bahan mentah terbabit disediakan menggunakan peruntukan peribadi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 yang lalu.

“Saya mengambil maklum dan berterima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembungan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu pelupusan barang yang berlaku ini. Beras dan barangan dapur ini merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika saya menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

“Barangan dapur ini disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh PRU15 pada tahun 2022 dan umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, pembelian kesemua barangan makanan itu tidak menggunakan peruntukan Kerajaaan Persekutuan, kerajaan Negeri Pahang serta peruntukan barangan dalam tempoh COVID-19 mahupun persiapan pangkalan hadapan menghadapir banjir.

Terima aduan bau busuk, barangan makanan dan beras telah dicemari kutu beras

Jelasnya, pelupusan itu dibuat selepas mendapat aduan daripada jiran mengenai bau busuk di bahagian stor simpanan bahan mentah berkenaan pada 5 April lalu.

siasatan dilakukan pada stor tersebut mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus serta beras dan barang lain sudah tercemar dengan bubuk atau turut dikenali sebagai kutu beras.

“Hasil siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk atau kutu beras. Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

“Sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan.

“Saya mengambil tanggungjawab dan sangat mengesali perkara ini, dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.