fbpx
Now Reading
Pengemis Tular Miliki Proton X70 Premium Tidak Lagi Terima Elaun OKU RM450

Pengemis Tular Miliki Proton X70 Premium Tidak Lagi Terima Elaun OKU RM450

Menurut Dr Noraini Ahmad, siasatan juga mendapati lelaki itu kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memberhentikan bantuan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang lelaki yang sebelum ini tular mampu miliki Proton X70 Premium hasil aktiviti mengemisnya di pasar malam.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, selain elaun sebanyak RM450 dihentikan bermula bulan ini, pihaknya turut memberikan amaran dan meminta lelaki itu untuk melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi.

“Siasatan lanjut juga mendapati dia kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan dan sebab itulah individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya dipetik Harian Metro.

Noraini berkata demikian selepas diajukan soalan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah tentang tindakan yang diambil KPWKM dan JKM terhadap individu terbabit semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini (12 Mac).

Langkah jangka panjang KPWKM tangani isu orang papa dan gelandangan

Dalam pada itu, beliau turut mengulas lanjut mengenai langkah jangka panjang KPWKM bagi menangani isu orang papa dan gelandangan.

Menurutnya, KPWKM sedang melaksanakan Kajian Semakan Semula Akta Orang-Orang Papa 977 dalam usaha menambah baik pengendalian isu berkenaan.

“KPWKM menyasarkan dapatan kajian ini akan diguna pakai sebagai asas pertimbangan dalam merasionalkan ketetapan berkaitan mekanisme penyelesaian isu pengemisan, gelandangan, aspek pemulihan dan penguatkuasaan,” katanya.

Langkah jangan pendek tangani orang papa dan gelandangan

Bagi langkah jangka pendek, Noraini berkata kementeriannya melaksanakan Op Menyelamat Orang-orang Papa secara serta-merta, berjadual atau berkala di kawasan tumpuan seperti di pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan menjalankan operasi bersepadu selaras pelbagai akta berkaitan.

Berikut merupakan akta-aktanya:

  • Akta Pungutan Rumah Ke Rumah dan Di Jalan 1947
  • Seksyen 420 Kanun Keseksaan
  • Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Peminta-peminta sedekah)
  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil.

“Penyelesaian kepada isu ini bukan terletak pada bahu KPWKM semata-mata, sebaliknya kerjasama dan sokongan semua pihak amat dialu-alukan termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan orang awam,” katanya.

Pengemis OKU miliki kereta mewah, raih pendapat RM500 dalam masa lima jam

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki OKU memiliki sebuah kenderaan mewah yang berharga lebih RM120,000 hasil daripada aktiviti mengemisnya.

Kegiatan lelaki itu mula terbongkar selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran pada bulan Februari lalu telah menjalankan satu operasi membanteras aktiviti pengemis di sekitar kawasan Sri Jaya, Pahang.

Lebih mengejutkan, lelaki OKU berkenaan mampu meraih pendapatan sekitar RM500 dalam tempoh 4 hingga 5 jam mengemis.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.