fbpx

Tular Video Puluhan Kampit Beras, Sardin & Tepung Di Tapak Pelupusan Sampah Temerloh

Sehingga kini masih belum ada info mengenai siapa yang membuang puluhan barangan makanan berkenaan namun ada pengguna mendakwa ia dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam PRU15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (18 April) tular di media sosial beberapa video memaparkan orang awam menjumpai puluhan kampit beras, sardin, serta di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

Menerusi video tular tersebut, turut dapat dilihat beberapa bahan mentah berkenaan sudah terbakar.

Kejadian puluhan kampit beras dibuang di tapak perlupusan undang tanda tanya

Memetik laporan Berita Harian, bahan mentah yang dipercayai dibuang itu telah ditemui oleh orang awam yang kebetulan lalu di jalan terbabit.

Insiden itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai hingga ada yang membuat andaian ia mungkin punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran ketika ini.

Difahamkan dibuang kerana tamat tempoh dan rosak, dakwa ahli politik yang buat

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil membuat pengakuan siapakah yang perlu bertanggunjawab terhadap insiden yang berlaku.

Menurut sumber Berita Harian, beras serta beberapa lagi bahan mentah itu dibuang disebabkan telah tamat tempoh serta rosak kerana disimpan lama.

Jelas portal itu lagi, terdapat pengguna di media sosial yang mendakwa kejadian itu dilakukan seorang ahli politik yang dipercayai tewas sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dakwa individu itu lagi, barangan tersebut sepatutnya diberikan pada Januari lepas kepada mangsa banjir yang berada di daerah Temerloh dan juga Maran.

Akan tetapi, sehingga saat laporan ini dikeluarkan masih belum ada yang tampil membuat pengakuan mahupun menafikan dakwaan terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.