Pendedahan Tun M Bukti Dia Tak Ikhlas Dengan DAP – Anthony Loke

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan rakyat Malaysia sejak semalam (13 November) selepas tampil dalam temubual podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Antara topik yang menjadi perhatian adalah pendedahan bahawa beliau dan Parti Tindakan Demokratif (DAP) hanya saling mempergunakan satu sama lain bagi menjatuhkan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU14).

Malah Tun M turut mengunakan pendekatan ‘the enemy of your enemy is your friend’ (musuh kepada musuh anda adalah rakan anda) sewaktu mengulas tindakannya berbuat demikian.

Baca artikel berkaitan: “The Enemy Of Your Enemy Is Your Friend” – Tun M Akui Guna DAP Untuk Jatuhkan Najib [Video]

Terbaharu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Tun M itu membuktikan beliau sebenarnya tidak ikhlas bekerjasama membentuk pentadbiran baharu.

Ini menurut Loke adalah berbeza dengan DAP yang ikhlas demi mewujudkan satu pentadbiran dan kerajaan yang baharu pada waktu itu.

“Kita mengharapkan Tun M dengan usia begitu lanjut beliau boleh berubah (ketika itu) bukan saja nak bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) tetapi membawa kepada pembaharuan.

“Itu sebab pada ketika itu ramai menaruh harapan beliau menggunakan peluang kedua membawa pembaharuan dan kemajuan kepada negara dan disebabkan itu pada 2018 ada Harapan Malaysia Baharu.

“Namun apa yang berlaku sudah menjadi sejarah yang tidak perlu diulas panjang, banyak perkara beliau tidak mahu mengaku, contohnya (adakah) beliau tidak membelakangi janjinya menyerahkan kuasa dan menggunakan pelbagai alasan seperti Langkah Sheraton dan sebagainya,” kata Loke.

Tun M berterus terang guna DAP

Loke dalam masa sama turut percaya kenyataan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sewaktu dalam podcast Keluar Sekejap adalah sesuatu yang dimaksudkannya.

“Kita yang biasa dengannya, kita tahu pandangan serta percakapannya, saya rasa beliau berterus terang menggunakan kita (DAP) pada ketika itu.

“Memang ada kerjasama antara PH khususnya DAP dengan Tun M kerana ketika itu kita memang mahu menewaskan Datuk Seri Najib (Razak) dan saya rasa beliau (Dr Mahathir) berterus terang beliau tidak ikhlas dan menggunakan kita (DAP) untuk mencapai objektif menumbangkan Najib,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang memandangkan DAP pada waktu itu memang membuat ‘satu keputusan yang perlu’ bagi parti dan juga PH.

Malah srategi mereka pada waktu itu membuahkan hasil apabila PH mencipta sejarah berjaya menumbangkan kerajaan BN buat kali pertama kali dalam sejarah.

“Kita membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dengan parti dalam PH ketika itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam penjara.

“Kita juga tanya pandangan beliau, malah ketika itu Anwar agak keberatan bekerjasama dengan Dr Mahathir dan beliau memberikan pesanan mengenai Tun M.

“Tetapi akhirnya beliau bersetuju kerana melihat ada keperluan strategi dan keperluan menggabungkan pengaruh dan kuasa untuk bersatu membawa kepada kerajaan baharu itu yang terbukti pada 2018.

“Cuma apa yang berlaku selepas pembentukan kerajaan kita kesali kerana ia tidak mencapai objektif,” katanya.

Recent Posts

  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

31 mins ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

3 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

4 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

4 hours ago