fbpx
Now Reading
“The Enemy Of Your Enemy Is Your Friend” – Tun M Akui Guna DAP Untuk Jatuhkan Najib [Video]

“The Enemy Of Your Enemy Is Your Friend” – Tun M Akui Guna DAP Untuk Jatuhkan Najib [Video]

Menurut Dr Mahathir, strategi adalah penting dan sekiranya tak tahu strategi maka seseorang tidak boleh berjaya, selain turut mengakui beliau memerlukan DAP untuk menjatuhkan Najib Razak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini, muncul dalam episod ke-65 podcast Keluar Sekejap mengakui menggunakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 2018.

Malah beliau turut mendakwa bahawa parti terbabit juga menggunakannya untuk matlamat sama.

Dr Mahathir berkata begitu selepas co-host Keluar Sekejap iaitu Shahril Hamdan menyoal mengenai konsistensi hubungannya dengan parti-parti politik termasuklah individu politik.

Shahril Hamdan turut menegaskan bahawa sebelum ini Dr Mahathir juga pernah mengkritik DAP, namun ketika ingin melawan Barisan Nasiaonal beliau boleh berbaik dengan parti terbabit.

Gunakan DAP untuk dapatkan majoriti bagi menjatuhkan Najib

“Kita tentukan matlamat, kita nak capai sesuatu matlamat. Apabila kita berjuang ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan anda’. Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti.

“Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri.

“Antara DAP dengan Najib yang mana satu yang perlu kita lawan, sebab itu saya nak guna DAP. Saya sedar, DAP juga nak gunakan saya. Kerana DAP juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi kita guna itu,” ujarnya di dalam podcast tersebut.

Dr Mahathir telah keluar daripada parti UMNO pada tahun 2016 dan kemudian membentuk parti Bersatu sebelum bekerjasama dengan parti Keadilan (PKR), DAP dan Amanah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Selepas menang pada PRU14, gabungan parti itu kemudian membentuk kerajaan Pakatan Harapan.

Bertindak dan menyusun strategi mengikut matlamat yang ingin dicapai

Jelas Dr Mahathir lagi, apabila ingin melakukan sesuatu beliau melihat kepada matlamat dan bagaimana strategi perlu diatur untuk mencapai matlamat tersebut.

Malah beliau bekerjasama dengan PAS pada ketika ini kerana mereka mempunyai matlamat sama.

“Strategi penting, kalau kita tak tahu strategi kita tak boleh berjaya. Kita kena tahu, dalam keadaan ini. Ini perlu dibuat, dan dalam keadaan ini kita tukar.

“Pada satu masa saya perlu dapatkan DAP untuk jatuhkan Najib. Sekarang ini kita ada masalah dan saya dapati bahawa tiada pilihan lain melainkan bekerjasama dengan PAS.

“Saya bekerjasama, matlamat mereka juga sama,” katanya lagi.

KJ sifatkan tindakan Dr Mahathir sebagai ‘Machiavellan’

Menurut KJ pula berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Dr Mahathir jika dilihat di dalam persepsi falsafah sinikal politik ia boleh ditafsirkan sebagai ‘Machiavellan’ atau lebih mudah difahami matlamat menghalalkan cara.

Dr Mahathir yang turut popular dengan panggilan Tun M kemudian menjawab, terdapat beberapa perkara orang ramai perlu pegang berhubung pendapat tersebut.

Beliau juga seperti memberi gambaran sebab dirinya mengambil keputusan keluar dari UMNO.

“Terdapat beberapa perkara, kita perlu berpegang kepada pendapat itu. Memang pun kalau kita nak capat sesuatu, kalau kita terikat dengan ikatan kita yang lama, kita tak akan berjaya.

“Sebab itu, kalau nak jatuhkan UMNO, parti saya dulu. Kenapa? Kerana UMNO sudah jauh lari daripada perjuangan UMNO dipimpin oleh Najib.

“Untuk itu, saya keluar daripada UMNO. Saya tak nak jadi ahli UMNO.”

Perkara ini diulas oleh ahli politik tersebut pada minit 1:16:28.

Selain itu, di dalam podcast ini Tun M turut mengulas beberapa isu lain seperti:

  • Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi PM lebih awal.
  • Ekonomi & budaya orang Melayu.
  • Pasca- Dasar Ekonomi Baharu
  • Masalah & Dilema Ekonomi Melayu.
  • Kedudukan Melayu & Orang bukan Melayu di Malaysia.
  • Sebab beliau ingin menjatuhkan Najib Razak beserta pandangannya terhadap bekas PM ke-6.
  • Politik wang dalam UMNO.
  • Perpecahan dan penyatuan Melayu.
  • Kekecewaannya apabila rakyat Langkawi tidak memilihnya dalam PRU15.
  • Tun M dakwa Anwar gagal tangani krisis kewangan masa bergelar pemangku PM.
  • Sebab Tun M tak suka KJ.
  • Pandang mengenai Tun Abdullah Badawi ketika menjadi PM ke-5.
  • Pandangan Tun M tentang Isu Palestin.
  • Harapan Tun M untuk Melayu & Malaysia.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.