fbpx
Now Reading
MUIS Kecam Tindakan Jemput ‘Hot Daddy’ Dalam Sebuah Podcast

MUIS Kecam Tindakan Jemput ‘Hot Daddy’ Dalam Sebuah Podcast

Menurut Pengerusi MUIS, Dr Ahmad Sanusi, masyarakat tidak boleh membiarkan kerosakan tersebut kerana ia boleh membinasakan semua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui sejak kebelakangan ini ramai yang sedang berjinak-jinak dalam bidang podcast. Malah mereka yang melakukan podcast ini turut membawa pelbagai isu dan topik untuk dibincangkan menerusi platform di media sosial.

Bukan hanya itu, kebanyakan mereka turut memanggil beberapa individu seperti ahli politik, selebriti, pakar dan juga influencer sebagai tetamu dalam mengupas isu yang dibawa.

BGTV dikecam kerana panggil Hot Daddy sebagai tetamu dalam podcast

Namun baru-baru ini, sebuah podcast di YouTube iaitu BrosGang TV (BGTV) telah dikecam hebat oleh orang ramai apabila pihak berkenaan telah membawa ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu untuk sebuah episod.

Untuk makluman hot daddy atau turut dikenali sebagai Daddy Ash sebelum ini telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki merakam serta menjual video lucah dengan puluhan wanita menerusi aplikasi Telegram.

Malah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada penganjur podcast mengikut undang-undang sedia ada.

Baca artikel berkaitan: Mufti Pulau Pinang Gesa Podcast Promote Zina Jemput ‘Daddy Ash’ Dikenakan Tindakan

MUIS turut kecam tindakan panggil Hot Daddy dan dilihat mempromosikan perbuatan zina

Terbaharu, Majlis Ulama Isma (MUIS) juga mengecam tindakan penganjur podcast terbabit kerana memanggil lelaki yang didakwa mengiklankan perkhidmatan persundalan di media sosial.

Timbalan Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menyifatkan dunia sudah terbalik apabila memanggil ‘Hot daddy’ sebagai tetamu.

“Dalam erti kata lain orang yang berzina dijemput sebagai tetamu wawancara manakala yang bernikah secara halal pula yang menjadi bahan kecaman orang ramai.

“Situasi ini sangat bercanggah dengan apa yang diajar oleh Baginda Nabi. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan.

“Sabda Rasulullah, ‘setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri), Hadis Riwayat Muslim,” katanya dalam laman rasmi MUIS.

Tindakan memanggil individu tersebut akan membuatkan mereka bangga dengan dosa

Kata Dr Ahmad Sanusi, hari ini umat ditimpa penyakit kerana Rasulullah mencela pendosa namun kita pula mengangkat mereka. Perkara itu membuatkan mereka bangga dengan dosa malah diraikan sebagai tetamu bual bicara walhal mukmin tidak sepatutnya merasa selesa dengan dosa.

Menurutnya jika masyarakat membiarkan kerosakan tersebut, kejijikan yang diterima secara berleluasa boleh membinasakan semua.

“Sabda Rasulullah: Tiada kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada di kalangan mereka yang mampu mencegahnya namun mereka tidak mencegahnya, melainkan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa balasan azab (Hadis Riwayat Abu Daud).”

Malah beliau turut mengingatkan semua umat Islam bahawa Rasulullah mendidik para sahabat untuk menjauhi segala yang boleh membawa kepada Zina. Rasulullah juga menegaskan bahawa zina itu boleh membinasakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.