fbpx
Now Reading
Ibu Bapa Jaga Maruah, Jangan Malukan Anak Dengan Ikut Konten Trend Tak Elok – Dr Malar [Video]

Ibu Bapa Jaga Maruah, Jangan Malukan Anak Dengan Ikut Konten Trend Tak Elok – Dr Malar [Video]

Jelas Dr Malar seorang ibu atau wanita perlu menjaga perwatakan, pemakaian dan juga pertuturan apabila berada di ruang awam demi menjaga maruahsendiri, ayah, suami dan juga anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan platform media sosial pada hari ini tidak lagi seperti dahulu, malah setiap hari banyak pembaharuan yang dapat dilihat.

Jika dahulu media sosial hanya digunakan sebagai platform untuk mencari teman kini ia lebih dari itu dan ada juga yang menggunakannya untuk mencari rezeki, menghasilkan kreativiti serta banyak lagi.

Namun tidak dinafikan ada pengguna media sosial yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai tidak berfaedah dan memalukan apabila ditonton oleh orang ramai.

Dr Malar nasihat para ibu dan wanita jangan buat konten yang beri kesan pada anak

Susulan daripada banyak perkara yang berlaku, pengamal perubatan dan influencer, Doktor Malar Santhi Santherasegapan menasihatkan para ibu untuk tidak melakukan sebarang trend kandungan yang boleh memberi kesan buruk kepada anak.

Dr Malar berkata demikian dalam satu podcast yang bertajuk Borak Kerjaya YEG. Katanya, sebagai seorang wanita kita perlu menjaga diri dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan maruah sebagai perempuan dan isteri.

“Maaf saya lebih fokus kepada wanita, kerana perempuan kita kena jaga diri kita untuk ayah, suami dan anak kita.

“Anak ni penting tau. Anak bila dia dah besar, bila dia tengok balik benda yang mak dia buat ia boleh memberi kesan kepada memori sewaktu kecil (childhood memories) dan kesihatan mental,” ujarnya.

Kawan-kawan boleh mengejek anak dan beri kesan pada mental dan memori kanak-kanak

Jelasnya lagi, seorang ibu sebolehnya tidak mahu memberikan mental trauma kepada anak mereka. Oleh itu, adalah penting untuk para ibu dan wanita menjaga perwatakaan, pemakaian, percakapan ketika berada di ruang awam.

“Ini kerana anda tidak mahu apabila kawan-kawan kepada anak berlawak serta mengejek mak dia kepada dia (anak).

“Malu tau, cuba bayangkan anak lelaki awak pergi sekolah. Lepas tu kawan dia ejek tentang mak dia.

“‘Amboi peha mak kau, amboi’. ‘Amboi mak kau komen macam tu’.”

Dr Malar juga meminta orang ramai khususnya ibu untuk membayangkan apa yang akan berlaku kepada mental dan memori seorang anak lelaki berkenaan apabila berdepan dengan situasi tersebut.

“Jadi ia bukan hanya tentang terkenal, glamour, atau kewangan tetapi what goes online stay online (apa yang berada dalam online akan terus berada di situ),” katanya lagi.

Dr Malar turut berhati-hati kerana ingin menjadi wanita yang dihormati dan berpendidikan

Tambah Dr Malar ia adalah tentang siapa diri anda untuk tempoh 10-20 tahun akan datang. Dalam masa sama, Dr Malar memaklumkan dia seorang yang sangat berhati-hati dalam perkara ini kerana niatnya adalah menjadi wanita yang dihormati.

Selain itu dia juga mahu dipandang sebagai seorang yang berpendidikan selain menjadi influencer yang memberi pengaruh ke jalan yang betul.

Video itu turut mendapat perhatian netizen, apabila ramai yang bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh pengamal perubatan berkenaan.

Walau bagaimanapun, video yang tular itu hanyalah promosi kepada episod penuh podcast berkenaan yang akan dikeluarkan pada 7 Mac, jam 9 malam di YouTube.

@yegacademy

“WHAT GOES ONLINE STAY ONLINE?!” Perkara yang berlaku dalam talian kena biarkan di dalam talian🤔 apa tu? Korang faham ke? Apa lagi, jom dengar apa Dr Malar nak kata tentang benda ni. Nak dengar Full Podcast Episode Kali ini? Jangan lupa aktifkan Notification di Youtube YEG Academy tau Khamis ni. #shouldbeme #kerjaya #jangansalahpilihbidang #yeg #belajarteruskerja #learnontiktok #tiktokguru #borakkerjaya #podcastyeg #podcast #fypシ゚viral #yegacademy

♬ original sound – YEG | Belajar Terus Kerja – YEG | Belajar Terus Kerja

“Setuju dengan Dr Malar”

“Maruah tak kira bangsa dan agama, ia terjadi kepada semua..”

“Akhirnya.. ada yang bangkitkan isu ini.. Well done Dr Malar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.