fbpx
Now Reading
Kerap Tersinggung Atau Sedih, Pakar Terapi Minda Kongsi Tanda-Tanda Mental Sudah Penat [Video]

Kerap Tersinggung Atau Sedih, Pakar Terapi Minda Kongsi Tanda-Tanda Mental Sudah Penat [Video]

Antara petanda mental seseorang sedang penat adalah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersinggung, sedih atau marah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap individu pasti akan berasa penat apabila melakukan sesuatu secara berlebihan.

Malah antara simptom yang mudah untuk dikenalpasti anda berada dalam keadaan badan yang penat adalah berasa letih, mengantuk serta banyak lagi. Namun tahukan anda selain badan, mental juga boleh merasakan perkara yang sama.

Walau bagaimanapun, ramai yang kurang cakna bahawa mereka sedang mengalami mental yang penat.

Baru-baru ini, seorang pakar terapi minda yang dikenali sebagai Doktor Azu Shahadan telah berkongsi beberapa cara untuk mengetahui simptom mental sudah penat.

“Mental atau minda ni sesuatu yang berada dalam otak dan ia tidak boleh dilihat,” katanya.


Antara tanda-tanda mental penat adalah:

#1 Hilang motivasi

Foto: Pexels

Seseorang akan hilang motivasi pada diri sebagai contoh rasa seperti tidak bersemangat atau sukar untuk bangun awal.

Malah perkara itu luar daripada kebiasaaan diri. Bukan hanya itu, seseorang yang hilang motivasi juga mungkin akan merasakan diri mereka seperti tidak mempunyai matlatmat hidup.

#2 Sukar fokus

Foto: Pexels

Mereka yang berada pada tahap mental yang penat sukar untuk memberi perhatian kepada sesuatu perkara.

Oleh itu, mereka sukar untuk memahami apa yang dibicarakan oleh orang sekeliling dan ia juga boleh berlaku ketika makan.

Sekiranya perkara ini berlaku ia adalah salah satu petanda mental memerlukan rehat.

#3 Perubahan emosi

Sekiranya konsenstrasi seseorang sukar untuk dikawal mereka juga berpotensi untuk mengalami perubahan emosi.

Seseorang yang mengalami perubahan emosi mungkin akan cendurung kepada mudah tersinggung, rasa marah, penat.

Bukan hanya itu, mereka juga berpotensi untuk mempunyai pemikiran yang negatif seperti menyangkakan orang lain bercakap buruk mengenai dirinya.

Walhal sebelum ini seseorang itu tidak begitu.

Kata Dr Azu sekiranya tanda-tanda ini ada pada seseorang, anda perlu melakukan pemeriksaan dan berikan mental masa untuk berehat.

“Jadi bukan badan je boleh penat, mental pun boleh penat,” jelasnya.

@drazushahadan

Mentally Tired. Ada masa, yes mental kita penat nak layan orang yang memenatkan kita #drazusharing #tiktokguru #motivasihidup #infotiktok #mentalhealth

♬ original sound – Dr Azu Shahadan – Dr Azu Shahadan

Perkara boleh dilakukan untuk rehatkan minda anda

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk merehatkan minda atau mental anda adalah:

  • Lakukan perkara yang disukai seperti melukis, menyanyi, memasak.
  • Bercuti ke tempat yang boleh memberikan ketenangan.
  • Meluahkan masalah kerana ia dapat membantu anda dari terus memikirkan masalah.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersenam, rekreasi, bercucuk tanam serta banyak lagi.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.