fbpx
Now Reading
Pemandu Camry Halang Ambulans Ada Masalah Mental – Polis

Pemandu Camry Halang Ambulans Ada Masalah Mental – Polis

Pemandu Camry, seorang wanita berusia 41 tahun telah dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik selepas pemandu ambulans membuat laporan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (25 Januari) tular di media sosial video sebuah kereta Toyota Camry yang menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

Tindakan pemandu tersebut mencetuskan kemarahan banyak pihak yang mahu dia dikenakan tindakan kerana perbuatannya jelas seperti seorang pembuli jalanan.

Sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan pemandu kenderaan terbabit untuk tindakan selanjutnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Samseng!” – Toyota Camry Halang Laluan Ambulans Buat Netizen Berang [Video]

Pemandu seorang wanita, didapati ada masalah psikiatri sebelum dibawa ke HKL

Terbaharu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan pemandu berkenaan, seorang wanita berusia 41 tahun telah berjaya dikesan dan dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden berlaku pada Khamis petang

Jelas beliau, insiden berlaku pada Khamis (25 Januari) dan pihak polis mengesan wanita itu selepas pemandu ambulans membuat satu laporan polis.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 5.35 petang, 25 Januari di mana ambulans dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

“Ambulans berkenaan memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Ulu Kelang,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Foto sewaktu wanita berkenaan dibawa ke balai polis turut tular di media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.