fbpx
Now Reading
“Macam Samseng!” – Toyota Camry Halang Laluan Ambulans Buat Netizen Berang [Video]

“Macam Samseng!” – Toyota Camry Halang Laluan Ambulans Buat Netizen Berang [Video]

Pemandu kereta Toyota Camry dilihat menghalang laluan sebuah ambulans secara berbahaya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) iaitu laluan dari Ampang ke Wangsa Maju.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum kenderaan kecemasan seperti ambulans, jentera bomba dan sebagainya digunakan bagi tujuan kecemasan dan penyelamatan.

Namun begitu, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang masih belum cakna tentang perkara yang sepatutnya dilakukan apabila mendengar bunyi siren atau terserempak dengan kenderaan tersebut di atas jalan raya.


Toyota Camry Halang Laluan Ambulans Di Jalan Raya

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @jnmalaysia), menyaksikan sebuah kereta model Toyota Camry sedang menghalang laluan ambulans yang sedang berada dalam urusan kecemasan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku petang semalam (25 Januari) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) iaitu laluan dari Ampang ke Wangsa Maju.

Walaupun siren telah dibunyikan sepanjang perjalanan, namun pemandu kereta tersebut masih berdegil dan enggan untuk memberi laluan kepada petugas ambulans.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu juga seolah-olah disengajakan kerana dia dilihat menukar lorongnya secara berbahaya dan mengikut laluan yang sama seperti ambulans terbabit.

“Ambulans ke kiri, dia masuk kiri. Ambulans ke kanan, di masuk balik ke kanan,” kata pengendali akaun X.

Menerusi hantaran sama, kedengaran petugas kesihatan telah menggunakan pembesar suara meminta pemandu terbabit untuk memberikan laluan dengan kadar segera. Bagaimanapun, pemandu itu masih mengendahkan arahan diterima.


Netizen Berang Lihat Aksi Pemandu Halang Laluan Ambulans

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap pemandu Toyota Camry yang tidak mempedulikan kenderaan kecemasan itu.

“Memang jahat kereta ni. Sengaja tak nak bagi laluan. Apa motif? Dengan ambulans pun nak cari gaduh,” kata seorang wanita.

Sumber: X
Sumber: X

Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet yang mengaitkan situasi berkenaan dengan satu kes pernah berlaku sebelum ini di mana seorang lelaki dewasa pekak menghalang laluan ambulans.

Baca Artikel Berkaitan: “Pekak Bukan Alasan” – Kenalan Mendiang Tampil Bersuara Isu Kereta Halang Ambulans

“Nanti bila PDRM tangkap, tiba-tiba kena cop OKU pendengaran. Kononnya tak perasan sebab tak dengar bunyi siren padahal dekat side mirror boleh nampak,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakan tidak berhemah itu memalukan rakyat Malaysia.

“Jarang orang Malaysia tiada common sense macam ni, Boleh buang kerakyatan dia ni, buat malu orang Malaysia,” ujar seorang warganet.

Sumber: X

Pemandu Jalan Raya Perlu Beri Laluan Kepada Kenderaan Kecemasan

Menerusi perkongsian Majlis Keselamatan Jalan Raya di laman Facebook, Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menyatakan hak memberikan laluan kepada kenderaan yang menyalakan lampu mata arah atau siren.

Sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah, anda hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan agar semua urusan berjalan dengan lancar.

Menurut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan, pemandu boleh dikenakan tindakan sekiranya disabitkan kesalahan.

Apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, tatacara pemanduan mestilah ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti bagi memudahkan laluan kenderaan kecemasan, lapor Harian Metro.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dipuji Netizen Lepas Tolong Jentera Bomba Lalu Di Jalan Raya Ketika Kecemasan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Petak Kuning Kena Kosong!” – Pemandu Ambulans Tegur Kereta Halang Laluan Ketika Dalam Tugas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.