fbpx
Now Reading
Dipercayai ‘Mental’, Lelaki Warga Bangladesh Ceroboh Tadika Direman Polis [Video]

Dipercayai ‘Mental’, Lelaki Warga Bangladesh Ceroboh Tadika Direman Polis [Video]

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang berlaku kepada guru dan juga kanak-kanak di tadika berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di laman media sosial Facebook satu video yang memaparkan detik cemas seorang guru dan kanak-kanak di sebuah tadika di Telok Panglima Garang, apabila tadika berkenaan dicerobohi oleh seorang lelaki warga Bangladesh.

Susulan insiden tersebut, pihak polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun itu dan dia disyaki mempunyai masalah mental serta tidak bekerja.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd@Saleh berkata, polis terdahulu telah menerima laporan daripada guru wanita tadika berkenaan insiden tersebut pada jam 7.50 pagi, Jumaat (1 April) yang lalu.

Menurutnya, menerusi siasatan suspek didapati mencerobohi tadika berkenaaan dengan alasan hendak memberikan roti kepada anaknya.

Namun, guru tadika itu memaklumkan kepada suspek bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk.

“Suspek bagaimanapun telah bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang oleh guru, seterusnya meluru masuk ke dalam kelas.

“Beberapa bapa kepada anak-anak di tadika tersebut menyedari kejadian itu telah bertindak menangkap suspek. Namun melepaskan kembali selepas menyedari suspek tidak siuman,” ulasnya.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan suspek tidak mengeluarkan kata-kata ugutan.

Mengulas lebih lanjut, pihak tadika juga tidak menerima pelajar warga asing.

“Suspek tersebut gagal memberikan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis semasa tangkapan dilakukan,” kata Ahmad Ridhwan.

Tambahnya, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.