fbpx
Now Reading
Lawan Arus & Tunjuk Jari Tengah, Penunggang Motosikal Dicekup Polis [Video]

Lawan Arus & Tunjuk Jari Tengah, Penunggang Motosikal Dicekup Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Langat, Ahmad Ridhwan penunggang motosikal berkenaan tidak hanya melawan arus dan menunjukkan isyarat lucah tetapi turut tidak memakai topi keledar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru- baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan penunggang motosikal yang membawa kenderaan tersebut secara melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan sebuah kenderaan sedang memasuki satu simpang selepas lampu isyarat bertukar hijau di sekitar Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor.

Namun apa yang mengejutkan apabila terdapat sebuah motosikal yang bertindak melawan arus dan turut menunjukkan satu isyarat yang biadap kepada pengguna jalan raya lain.

Polis tahan penunggang lawan arus

Terbaharu, akibat tindakan biadap itu, lelaki berusia 55 tahun berkenaan kemudian telah dicekup pihak polis pada 2 Julai lalu.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4.08 petang tersebut, lelaki itu juga dikatakan menunjukkan isyarat lucah iaitu jari tengah kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Individu lawan arus, tak pakai topi keledar dan tunjuk jari tengah

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh video tersebut dikesan pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) selepas menerima video tular itu di media sosial

“Video itu memaparkan motosikal dinaiki dua individu itu melakukan kesalahan menunggang melawan arus dan tidak memakai topi keledar.

“Penunggang motosikal itu turut telah menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya lain,” jelasnya dipetik Utusan Malaysia.

Ujar beliau, bertindak atas maklumat pihak polis kemudian hadir ke kediaman lelaki berkenaan yang berada di sekitar daerah tersebut.

Dikenakan saman dan dinasihati polis atas tindakan melampau itu

Dia kemudian dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Kedua-dua individu itu turut diberi nasihat oleh anggota polis atas tingkah laku yang dilakukan oleh mereka,” katanya lagi.

Jelasnya, kesemua individu yang menjadi pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut ketetapan lalu lintas yang telah diberikan bagi menjaga keselamatan diri termasuklah orang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.