fbpx

“Itu Pilihan Saya” – Influencer Berkeras Ingin Buka Hijab Mata Ketika Podcast Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurut Spacedollah, dia ingin melakukan perkara tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk seakan dirinya hebat namun hanya memiliki perasaan ingin tahu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan orang pasti percaya dengan kewujudan makhluk halus seperti jin meskipun tidak dapat melihatnya di alam nyata.

Jin yang juga digelar hantu oleh sesetengah orang kebiasaannya hanya dapat dirasai kehadirannya secara ghaib tanpa boleh melihat bentuk fizikalnya.

Namun ia tidak mustahil untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa sekiranya diizinkan Allah SWT atau atas kemahuan sendiri dengan membuka hijab mata.

Tular influencer, Spacedollah ingin buka hijab matanya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu klip video podcast yang memaparkan seorang influencer dikenali sebagai Spacedollah berkeras ingin membuka hijab matanya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @karl07198, perkara itu mula dibangkitkan selepas pelakon lelaki, Safwan Nazri yang juga pengendali podcast terbabit menceritakan tentang seorang individu yang pernah dibukakan hijabnya.

Tetap berkeras ingin buka hijab mata meskipun selepas dinasihati

Meskipun Safwan berulang kali menasihati Spacedollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah untuk tidak membuka hijab matanya, dia tetap ingin melakukan perkara tersebut.

“Saya tak kisah apa awak fikirkan, pendapat awak tak penting bagi saya, jika saya mahu itu pilihan saya dan ia adalah pengalaman saya bukan pengalaman awak.

“Saya tak suka bila orang cakap apa yang saya boleh buat dan apa yang saya tak boleh buat, so relax bro,” katanya.

Bukan ingin menunjuk diri hebat, tapi hanya curious

Menurut Syed Abdullah, dia ingin melakukan perkara tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk seakan dirinya hebat namun hanya memiliki perasaan ingin tahu.

Ujarnya lagi, sekiranya hijab matanya tidak dapat ditutup lagi maka itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya hormat pendapat awak, maaf saya tak boleh ikut. Saya tetap nak buat apa yang saya nak buat, saya tak suka rules orang cakap kena buat itu kena buat ini.

Susulan itu, dia meminta kepada orang ramai yang mengetahui cara untuk membuka hijab mata agar membantu merealisasikan keinginannya itu.

Netizen kecam Syed Abdullah kerana berkeras ingin buka hijab mata

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengkritik Syed Abdullah kerana berkeras ingin membuka hijab matanya meskipun telah dinasihati.

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang memberi pujian kepadanya kerana berani dan mempunyai keyakinan tinggi untuk merasai sendiri pengalaman melihat perkara ghaib.

Video penuh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.