fbpx
Now Reading
Saluran YouTube Hina Nabi Muhammad SAW, Selamba Siap Buat Animasi Muka Baginda

Saluran YouTube Hina Nabi Muhammad SAW, Selamba Siap Buat Animasi Muka Baginda

Di dalam setiap video yang dimuat naik, mereka akan menyertakan sumber rujukan daripada al-Quran atau hadis untuk mengelirukan masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Ahad lalu (31 Mac), tular di media sosial pendedahan seorang wanita mengenai sebuah akaun YouTube yang dikatakan sengaja memuat naik konten-konten menghina Nabi Muhammad SAW.

Menerusi ciapan wanita itu di akaun X miliknya @ruanguntukdinda, dia meminta orang ramai melaporkan tentang akaun YouTube terbabit yang bernama Nabi Asli.

Menurutnya, saluran YouTube itu juga memiliki akaun media sosial yang lain seperti di Twitter dan meminta untuk kesemuanya dilaporkan agar ia disekat.

Miliki 84 video animasi siap ada lakaran wajah Rasulullah

Semakan kami mendapati akaun YouTube yang memaparkan 84 video terbabit masih lagi wujud dan memiliki lebih daripada 119,000 pengikut.

Kesemua video yang dimuat naik adalah berkonsepkan animasi selain mereka juga dengan sengaja membuat lakaran wajah Rasulullah yang sememangnya dilarang dalam Islam.

Di dalam setiap video yang dimuat naik, mereka akan menyertakan sumber rujukan yang digunakan sama ada daripada al-Quran atau hadis untuk mengelirukan masyarakat.

Buat video tapi kefahaman salah, sengaja cipta kebencian dan fitnah

Secara terang-terangan, akaun terbabit hanyalah untuk mencipta kebencian orang ramai terhadap Baginda dengan maklumat dan kefahaman mereka yang salah serta ditokot tambah.

Tidak hanya itu, niat mereka juga adalah untuk menfitnah agama Islam agar dipandang buruk dan hina.

Ramai kecam dan laporkan akaun terbabit agar disekat

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan akaun YouTube terbabit kerana ingin menyesatkan orang ramai dengan kefahaman mereka yang salah.

Tidak hanya itu, mereka turut melaporkan kesemua akaun ‘Nabi Asli’ itu agar ianya disekat selamanya daripada platform YouTube dan X selain mengajak orang ramai turut berbuat perkara sama.

Video-video sebegini amatlah bahaya untuk terus dibiarkan kerana ia akan menyebar fitnah dan info tidak sahih kerana ia mampu menghasut segelintir golongan untuk mempercayainya.

Berikut cara yang dikongsikan oleh netizen untuk melaporkan akaun YouTube terbabit:

Berikut komen netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.