fbpx
Now Reading
Duduk Menongkat Badan Dengan Tangan Kiri Dimurkai Allah? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Duduk Menongkat Badan Dengan Tangan Kiri Dimurkai Allah? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Umat Islam dinasihati duduk bersandar pada tangan kanannya atau bersandar pada kedua-dua tangan secara bersamaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umat Islam sememangnya dinasihati untuk sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW dalam setiap apa yang dilakukan, dari sekecil-kecil perbuatan sehingga lah ke amalan yang besar ganjaran pahalanya.

Namun, pasti ada beberapa perkara lagi yang menjadi persoalan di dalam fikiran terutamanya bila ia merupakan perbuatan yang dikatakan dilarang oleh Baginda.

Antara perkara yang sering menjadi persoalan adalah perbuatan duduk di dalam keadaan tangan kiri menongkat badan yang dikatakan dimurkai oleh Allah SWT.

Hukum duduk sandar pada tangan kiri adalah makruh

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum duduk dengan menyandar pada tangan kiri disifatkan oleh Nabi SAW adalah makruh meskipun terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa ia adalah haram.

Menurutnya, ini kerana tidak ada dalil yang lebih keras menegahnya, seumpama akan dikenakan suatu azab di neraka atau orang yang duduk seperti itu pasti akan dimurkai Allah SWT dan sebagainya.

“Ia hanya disebut sebagai suatu cara duduk ‘orang yang dimurkai’.

“Maksud larangan dalam hadis tersebut adalah larangan terhadap orang mukmin daripada menyerupai mereka yang dimurkai itu,” katanya.

Tidak haram walaupun makruh, sebaiknya sandar pada tangan kanan atau kedua-duanya

Susulan itu, hukum duduk sambil tangan kiri menongkat badan menurut ramai ulama adalah makruh dan bukannya haram.

Menurutnya lagi, dalam hal sebegini, sesiapa yang ingin bersandar, hendaklah bersandar pada lengan tangan kanannya dan bukan pada tangan kiri atau bersandar pada kedua-dua tangan secara bersamaan.

Foto: Facebook/Anwar Ibrahim

Tinggalkan cara-cara duduk yang dilarang oleh Nabi SAW

Bagaimanapun, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu tetap menasihati umat Islam untuk meninggalkan cara-cara duduk yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.

Untuk info, perkongsian mengenai perkara ini dikongsikan oleh Dr Zulkifli menerusi lawan sesawang Maktabah Al-Bakri pada 23 Ogos 2023.

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk mengamalkan apa yang digalakkan oleh Baginda dan meninggalkan perbuatan yang dilarang.

Untuk maklumat lanjut dan membaca hadis-hadis berhubung isu ini sila klik DI SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.