fbpx
Now Reading
“Mu Siapa Nak Jadi Wakil Maafkan Dia?” – Peniaga Jual Stoking Kalimah Allah Patut Dihukum, Kata UAI [Video]

“Mu Siapa Nak Jadi Wakil Maafkan Dia?” – Peniaga Jual Stoking Kalimah Allah Patut Dihukum, Kata UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, pihak berwajib haruslah bersikap lebih tegas terhadap isu penjualan stoking tertera kalimah Allah SWT ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bertegas bahawa pihak berkuasa perlu memberi hukuman keras terhadap peniaga yang menjual stoking kalimah Allah SWT di sebuah cawangan kedai serbaneka, KK Supert Mart yang tular pada baru-baru ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata pihak berwajib haruslah bersikap lebih tegas terhadap isu sebegini.

“Kena ambil hukuman, pihak berkuasa kena hukum (peniaga). Perlu berkeras, bersikap tegas, kena ajar,” katanya.

Maafkan individu hina Allah SWT bukanlah hak umat Islam

Menurutnya lagi, ia bukanlah hak seseorang manusia untuk sesuka hati memaafkan peniaga berkenaan kerana kesalahan yang dilakukannya melibatkan penghinaan terhadap Allah SWT.

“Itu hak Allah (untuk beri kemaafan) bukan hak kita. Lain lah orang ambil hak kita boleh lah kita maafkan. Ada pulak mu (awak) yang nak jadi tukang maaf, mu siapa?

“Faham tak lagi? Orang hina Allah kita pula jadi tukang maaf. Boleh ke kita wakil? Mu wakil Allah ke? Ke mu ‘Ayah Pin’,” katanya lagi.

UAI beri contoh, hutang dengan tok imam tapi tok siak yang tolong halalkan

Tidak hanya itu, UAI turut memberi contoh agar ia mudah difahami orang ramai dengan menjelaskan hutang seseorang terhadap tok imam tidak boleh dihalalkan oleh tok siak.

“Kita berhutang dengan tok imam, tak boleh nak bayar lepas itu tok siak yang cakap ‘takpe lah aku halalkan’, halal mende aku hutang dengan tok imam bukan dengan mu,” jelasnya.

UAI menjelaskan perkara itu dalam satu majlis kuliah iftar dan sesi soal jawab agama yang diadakan di Masjid Kolam Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam (17 Mac).

Letak kalimah Allah pada stoking adalah satu penghinaan

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan meletakkan kalimah Allah SWT pada stoking adalah satu penghinaan dan memaklumkan isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil syarikat serbaneka tersebut untuk berbincang bagi memastikan ia tak berlaku lagi.

Difahamkan, KK Super Mart dan pihak vendor stoking terbabit, syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd juga telah tampil memohon maaf kepada semua pelanggan khususnya umat Islam berhubung isu stoking berkenaan.

Malah pada hujung minggu lalu, pengasas KK Mart, Datuk Seri KK Chai turut memaklumkan yang pihaknya sudah menghantar tiga surat kepada pembekal bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu berkenaan.

Beliau yang menangis dan dalam keadaan sebak, turut merayu kepada orang ramai agar tidak memboikot KK Mart.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Di Stoking Bukan Perkara Remeh, Harap Jadi Pengajaran Buat Semua – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.