fbpx
Now Reading
KL PodFest 2024 Berlangsung Meriah, Tampil Podcaster Ternama

KL PodFest 2024 Berlangsung Meriah, Tampil Podcaster Ternama

Acara KL PodFest 2024 sampai ke kemuncak dengan podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan KJ dan Shahril Hamdan yang sememangnya ditunggu-tunggu ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hujung minggu lalu iaitu pada 3 dan 4 Februari, telah berlangsungnya festival audio siar pertama di Malaysia, KL PodFest 2024 di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama.

Festival anjuran saluran Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bekas dua pemimpin UMNO, Shahril Hamdan dengan kerjasama Media Prima Audio itu berlangsung meriah apabila tiket masuk untuk kedua-dua hari habis dijual.

KL Podfest 2024 dapat sambutan luar biasa

Berpeluang hadir di PJPAC pada hari Sabtu, kami merasakan KL PodFest 2024 berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa.

Rata-rata peminat audio siar enggan melepas peluang untuk melihat sendiri barisan ‘podcaster’ ternama seperti Financial Faiz, Ajar, Mamak Sessions by Jinnyboy, Are We OK, Malam Seram, Amin Idris beraksi secara langsung di hadapan mereka.

Namun kami merasakan acara ini pasti lebih meriah dan lebih mendapat liputan meluas sekiranya dapat menjemput lebih ramai podcaster seperti Lepak Atas Dulang (Ceddy Ang), Malam Jumaat, Confession Bilik Gelap dan lain-lain.

Tetamu jemputan serikan festival

Pun begitu, beberapa figura umum yang dijemput sebagai tetamu undangan bagi setiap rancangan audio siar berkenaan antaranya Mufti Perlis,  Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi podcast The Amin Idris Show; penyanyi, Sonaone yang hadir di sesi Boraklah dan bekas Ahli Parlimen, Ong Kian Ming bagi podcast Are We OK? berjaya menambah seri setiap sesi yang berlangsung.

Selain itu, festival ini turut meriah dengan penganjuran workshop dan sesi perbincangan khas buat mereka yang berminat untuk menceburi bidang audio siar.

Financial Faiz atau nama sebenarnya Faiz Azmi serta beberapa lagi pemain industri berkongsi dan berbincang mengenai topik untuk memulakan podcast sehinggalah ke aktiviti pemasaran yang pastinya bermanfaat buat penggemar dan mereka yang mahu menceburi dunia ini.

Acara ini sampai ke kemuncak dengan podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan KJ dan Shahril Hamdan yang sememangnya ditunggu-tunggu ramai.

Kami berharap festival ini akan menjadi acara tahunan sekaligus dapat memperkenal dan melahirkan lebih ramai lagi podcaster di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.