fbpx

TMJ Nampak Potensi KJ Jadi Pemimpin Masa Hadapan

Menurut Tunku Ismail, baginda melantik KJ sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT dan Penasihat Belia Johor kerana ingin KJ sentiasa relevan dalam apa juga platform bersama rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra digelar TMJ telah dijemput dalam satu temu bual di laman YouTube.

Rancangan temu bual yang dikenali sebagai ‘Keluar Sekejap’ itu dikendalikan oleh dua bekas ahli parti UMNO iaitu Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

TMJ nampak pontensi yang ada pada KJ

Semasa temu bual, TMJ mendedahkan bahawa pelantikan Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penasihat Belia Johor adalah kerana potensi yang ada padanya.

Menurut baginda, pelantikan itu juga dibuat supaya bekas Ahli Parlimen Rembau itu sentiasa relevan dalam apa juga platfrom bersama rakyat.

“Ini cara saya untuk menunjukkan sokongan, dan saya juga tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan oleh parti tersebut (memecat KJ).

“Kita memerlukan orang yang ‘bagus’ untuk memimpin negara terutamanya dalam keadaan sekarang. Ini adalah sebahagian daripada sokongan saya,” kata baginda.

TMJ dan KJ ada talian persahabatan yang erat

Menurut Tunku Ismail lagi, baginda dengan KJ juga mempunyai talian persahabatan yang erat selain TMJ yang mempunyai latar belakang sebagai askar tidak akan meninggalkan sesiapa di belakang.

“Prinsip saya, apabila berkawan saya tidak akan tinggal individu di belakang saya. Apabila anda berkawan dengan saya, jika anda dalam kesusahan saya akan berada bersama anda. Itu saya punya sikap.

“Dalam apa jua keadaan sama ada baik atau buruk, anda tetap kawan saya dan itu adalah cara saya,” kata baginda lagi.

Video penuh di YouTube

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan itu telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu dimaklumkan oleh kelab berkenaan dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.