fbpx
Now Reading
TMJ Sahkan KJ Jadi Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak JDT

TMJ Sahkan KJ Jadi Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak JDT

Kelab bola sepak JDT menerusi Instagram miliknya turut mengucapkan selamat datang serta tahniah di atas pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat Belia Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (15 Feb) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan tentang pelantikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah sebuah skuad bola sepak iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baginda menerusi satu ciapan di Twitter bahawa pelantikan itu KJ kerana mempunyai pengalaman yang luas di dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Pengalaman luas beliau di dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,” ciap baginda.

Kelab bola sepak JDT ucapkan selamat datang dan tahniah pada KJ

Pengumuman yang sama turut dimuat naik di laman Instagram milik JDT yang mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada KJ ke kelab bola sepak berkenaan.

“Kelab bola sepak JDT ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas pelantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,” katanya di dalam kapsyen.

Sebelum ini, KJ turut memaklumkan bahawa beliau juga akan menyertai HotFM sebagai penyampai radio dan telah memulakan tugasnya pada awal pagi tadi bermula 15 Februari pada jam 6 -10 pagi, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada KJ dan menyifatkan beliau seorang yang bagus dalam menjalankan tugasnya.

Ada juga yang menyatakan rezekinya tidak putus-putus meskipun telah dipecat dari parti UMNO.

“Orang memang boleh buat kerja, memang rezeki dia lah”

“Aku tak sokong BN (Barisan Nasional), tapi KJ memang bagus buat kerja sebagai Menteri Kesihatan dulu”

“Wahh.. hari ni jadi dj. Hari ni jadi Ahli Lembaga Pengarah JDT”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.