fbpx
Now Reading
KL PodFest 2024 Pada 3 & 4 Februari Bakal Himpunkan Podcaster Popular Tempatan

KL PodFest 2024 Pada 3 & 4 Februari Bakal Himpunkan Podcaster Popular Tempatan

Menurut KJ, festival audio siar pertama di Malaysia itu akan diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), One Utama pada 3 dan 4 Februari 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini semakin aktif dalam dunia penyiaran radio selepas bergelar penyampai di Hot FM selain menjadi pengendali podcast popular, Keluar Sekejap (KS) bersama Shahril Hamdan.

Terbaharu hari ini (23 November) saluran Keluar Sekejap bersama beberapa rakan industri dalam dunia Podcast (audio siar) mengumumkan bakal menganjurkan festival audio siar pertama di Malaysia iaitu Kuala Lumpur PodFest 2024 pada tahun hadapan.

Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ sewaktu sidang media berkata, acara julung-julung kalinya itu akan diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), One Utama pada 3 dan 4 Februari 2024.

Festival anjuran bersama Media Prima Audio itu akan menampilkan barisan ‘podcaster’ terbaik dari Malaysia dan negara jiran, antaranya Singapura.

Selain itu terdapat sekurang-kurangnya 20 sesi menarik termasuklah:

  • Rakaman langsung
  • Persembahan bercerita seram bersama Malam Seram dan talent Media Prima
  • Bengkel
  • Akitiviti bersama fangoers seperti fan meets dan sesi recording DIY
  • Sesi ‘sampler’ di mana podcaster baharu atau mereka yang berminat untuk menghasilkan audio siar sendiri diberikan selama 7 beraksi di hadapan orang ramai

Menurut KJ, podcast telah berkembang menjadi pasaran idea yang dinamik selain semakin kukuh dalam industri penyiaran.

“Bekerjasama dengan Media Prima akan meluaskan jangkauan kami, memastikan kesedaran yang lebih luas, walaupun dalam kalangan mereka yang tidak biasa dengan medium ini (podcast).”

Khairy Jamaluddin

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran berkata, kerjasama menganjurkan festival ini boleh merancakkan lagi dunia podcast dalam penyiaran radio.

“Perjalanan kami dengan podcast yang boleh dilihat di aplikasi Audio+ dan laman web rasmi MPA mencerminkan komitmen kami terhadap medium yang sedang berkembang ini.

“KL PodFest 2024 bukan sekadar acara, ia adalah peristiwa penting dalam perjalanan kami,” kata Nazri.

Dia yang juga Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) turut menjelaskan medium tersebut sebenarnya bukan baharu dalam dunia penyiaran radio sebaliknya ia adalah berkaitan sejak dahulu lagi.

Tiket mula dijual pada 1 Disember

KJ sewaktu sidang media turut mengumumkan tiket akan mula dijual pada 1 Disember ini.

Berikut adalah harga tiket:

  • Tiket 1 hari : RM30
  • Tiket 2 hari : RM50
  • Tiket khas : RM60

Bagi tiket khas, pembeli akan dijamin tempat duduk bagi acara-acara utama.

Selain Keluar Sekejap, antara podcaster lain yang sudah mengesahkan penyertaan adalah:

  • Tiber
  • Malam Seram
  • Financial Faiz
  • OKLETSGO
  • Mr Money TV
  • SneakerLAH
  • Mamak Sessions by Jinnyboy
  • The Amin Idris Show
  • TTYL
  • Head Over Heels by Maggy Wang
  • Balls Deep by The Takeaway
  • Table Talk by The Takeaway
  • Ajar

Namun terdapat ramai lagi podcaster yang dijangka terlibat di mana senarai penuh akan diumumkan pada 15 Disember ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.