Jawatankuasa Fatwa Johor menetapkan jarak dua marhalah bagi syarat sah solat jamak dan qasar untuk musafir adalah pada 81 kilometer (km).
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor pada 9 November lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 (Enakmen 16 Tahun 2003).
Jelas Yahya, fatwa jarak dua marhalah bersamaan dengan 81km itu juga telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut Subseksyen 48 (6) enakmen itu.
“Adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsah) adalah 81 km,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Sebelum ini pada 25 April 2022, jawatankuasa terbabit telah membuat keputusan penetapan kadar dua marhalah adalah sejauh 81km selepas melihat dan membahas dengan teliti daripada pelbagai sudut.
Penetapan yang dilakukan itu juga selaras dengan keputusan dicapai mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-118 pada 16 hingga 17 Februari 2021.
Muzakarah itu berpendapat bahawa hukum penentuan kadar dua marhalah, kariah dan balad dari perspektif fiqah semasa adalah 81km dengan persempadan dan penentuan kariah serta balad pula mengikut empat pilihan.
‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…
Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…
Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…
Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…
Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…
Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…