Guru Agama Ditahan, Disyaki Sebat Pelajar Madrasah 8 Tahun Guna Paip PVC

Tugas mendidik bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai seorang guru, pelbagai cara digunakan dalam membentuk pelajar menjadi insan yang berguna dan berjaya pada masa hadapan.

Ada yang menggunakan pendekatan yang lembut, ada juga yang menggunakan ketegasan dalam mengajar.

Namun, pada masa kini, ada segelintir individu yang menggunakan kekerasan hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar itu sendiri.

Guru Agama Ditahan Kerana Disyaki Dera Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun

Gara-gara disyaki mendera dan merotan pelajar berusia lapan tahun, seorang guru agama ditahan polis. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah madrasah yang terletak di Sik, Kedah.

Difahamkan, pelajar berkenaan lebam dan bengkak di bahagian punggung dan pinggang selepas dirotan menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) dua minggu yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman, penahanan lelaki berusia 27 tahun itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas polis menerima laporan dari ibu angkat mangsa pada 11 November jam 9.24 malam.

Insiden Terbongkar Selepas Kanak-Kanak Mengadu Sakit Untuk Duduk

Tambah beliau, perbuatan ustaz tersebut terbongkar selepas kanak-kanak berkenaan mengadu sakit semasa duduk.

“Pengadu seorang pengusaha taska di Pulau Pinang mendakwa datang ke madrasah tersebut secara mengejut untuk membawa anak angkatnya yang merupakan kanak-kanak warganegara Indonesia untuk makan. Sebaik tiba di kedai makan, anak angkatnya itu mengadu sakit semasa duduk.

“Pengadu kemudiannya terkejut melihat kesan lebam pada tubuh mangsa dan terus datang ke Balai Polis Sik untuk membuat laporan.

“Susulan itu, kira-kira jam 10.38 pagi keesokan harinya, sepasukan polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan tenaga pengajar di madrasah tersebut,” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Pakar Perubatan Sahkan Mangsa Mengalami Kecederaan

Tambah Abdull Razak lagi, pakar perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘soft tissues injuries’.

Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hingga 16 November manakala kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya negeri.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan lelaki itu didapati tidak mempunyai rekod lampau,” ujarnya.

Posted by Polis Daerah Sik Kedah on Saturday, 18 November 2023

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian ibu saudara kanak-kanak berkenaan berhubung insiden tersebut.

Menurut wanita itu, anak saudaranya hanya berdiri di kedai makan dan enggan untuk duduk sebelum ibu angkatnya melakukan pemeriksaan.

“Menggigil kakak dan emak saya (nenek angkat mangsa) apabila tengok kesan rotan. Ini bukan biasa-biasa dan kakak terus hubungi pihak sekolah. Tetapi pihak sekolah tak mengaku salah sebaliknya menyalahkan anak angkat kakak saya itu kerana katanya dia nakal.

“Memang dia agak nakal dan aktif malah keluarga juga ada marah serta rotan (untuk mendidik).

“Tetapi apa yang dilakukan ini nampak bukan seperti rotan atau denda biasa kerana kalau dikira-kira pada tubuh badan, mungkin 16 sebatan atau lebih dan alat digunakan bukan rotan biasa sebaliknya batang paip,” katanya.

Foto: Tangkap Layar FB
Foto: Tangkap Layar FB
Foto: Tangkap Layar FB

Baca Artikel Berkaitan: Guru Didakwa Dera Murid Autisme Hingga Lebam Di Bahagian Telinga

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Dakwa Guru Rotan Anak Hingga Alami Pendarahan Mata Kerana Hisap Vape Dalam Kelas

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

12 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

12 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

13 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

14 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

15 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

16 hours ago