Ahli Parlimen Cadang Poligami Bantu Selesai Masalah Wanita Lambat Kahwin

Setiap individu di dunia ini pasti mahu menamatkan zaman bujang bersama insan yang tersayang.

Namun, dalam mencari individu yang sesuai untuk dijadikan sebagai pasangan hidup tidak mudah.

Tidak semua orang bernasib baik mendapat pasangan mengikut ciri-ciri yang diimpikan.

Ada hubungan yang kecundang di tengah jalan hingga menyebabkan segelintir individu baik lelaki atau wanita membuat keputusan menangguhkan hasrat untuk berkahwin.

Cadang Beri Sokongan Untuk Poligami, Bantu Golongan Wanita Lambat Kahwin

Bimbang dengan peningkatan golongan ‘bujang senja’ atau lambat berkahwin di negara ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar kerajaan memberi sokongan kepada poligami.

Bagi menyelesaikan masalah wanita yang lambat berkahwin, beliau mencadangkan agar kerajaan memberi sokongan moral kepada lelaki untuk berpoligami.

“Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.

“Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad tetapi, perkara ini dapat memberi jalan keluar,” kata beliau dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam (22 November).

Bimbang Dengan Peningkatan Golongan Bujang Senja

Beliau menyuarakan cadangan itu selepas bimbang dengan peningkatan bilangan bujang senja menerusi laporan Bancian Penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menerusi laporan tersebut, lebih 5.5 juta lelaki dan wanita berusia lebih 30 tahun mengambil keputusan untuk tidak atau belum berkahwin.

Faktor kewangan menjadi antara punca utama yang menyebabkan perkara ini dengan 56%, tiada calon sesuai sebanyak 18.4% dan kerjaya sebanyak 9%.

Lambat Kahwin Bukan Satu Masalah

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh membidas cadangan Ahli Parlimen Pas itu yang menjadikan poligami sebagai penyelesaian buat golongan wanita yang berkahwin lambat.

Menurut beliau, masih banyak lagi isu kesejahteraan wanita yang boleh dibahasakan ketika perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Yang Berhormat, pendapat saya lambat kahwin bukan satu masalah yang perlu diselesaikan. Apa guna kahwin tapi diabaikan?

“Jodoh datang tak mengenal masa. Banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita tapi..,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen PAS cadang poligami untuk selesai masalah wanita lambat kahwin😳😳 semasa perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM. Yang Berhormat, pendapat saya lambat kahwin bukan satu masalah yang perlu diselesaikan. Apa guna kahwin tapi diabaikan? Jodoh datang tak mengenal masa. Banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita tapi…

Posted by Hannah Yeoh on Wednesday, 22 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan & Sukar Cari Pasangan Antara Faktor Kadar Kesuburan Di Malaysia Menurun

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Perlu Kebenaran Isteri Pertama Jika Daftar Perkahwinan Di Perlis Selepas Nikah Di Thailand

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago