fbpx
Now Reading
Masalah Kewangan & Sukar Cari Pasangan Antara Faktor Kadar Kesuburan Di Malaysia Menurun

Masalah Kewangan & Sukar Cari Pasangan Antara Faktor Kadar Kesuburan Di Malaysia Menurun

Penurunan kadar kesuburan sebanyak 1.6 orang anak bagi setiap wanita pada tahun 2022 itu mencatat kadar terendah di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kadar kesuburan di sesebuah negara adalah amat penting, ini kerana kita sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik di masa hadapan termasuklah membentuk generasi baharu untuk mentadbir negara.

Sekiranya kadar kesuburan menurun ia juga boleh menyebabkan kurangnya penduduk di sesebuah negara dan penurunan itu merupakan sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan.

Kadar kesuburan di negara ini telah menurun

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan bahawa kadar kesuburan penduduk di negara ini telah menurun.

Perkara ini berikutan jumlah bayi yang dilahirkan pada tahun lalu mencatat hanya 1.6 orang anak berbanding 4 orang anak bagi setiap wanita pada tahun 1980.

Penurunan pada tahun 2022 itu secara tidak langsung telah menjadikan ia kadar paling rendah oernah dicatatkan di Malaysia.

Memetik laporan BuletinTV3, menerusi kajian yang dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendedahkan terdapat empat faktor yang menjadi punca utama mengapa sesebuah keluarga di Malaysia tidak dapat mencapai bilangan anak yang dinginkan.

Kewangan dan sukar cari pasangan sesuai jadi punca utama

Jelas pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim kewangan merupakan punca utama.

“Sebanyak 65% pasangan berkahwin yang ditemubual menyatakan bahawa mereka ingin mempunyai lebih ramai anak sekiranya isu kewangan bukan satu halangan,” ujarnya.

Ramai ketika ini kahwin lewat usia 20-an

Bukan hanya itu, majoriti pasangan yang berkahwin kini adalah pada usia lewat 20-an berbeza pada tahun 1980 yang berkahwin pada awal 20-an.

Perkara ini secara tidak langsung memendekkan tempoh kesuburan.

Manakala sebanyak 36% wanita pula menjelaskan mereka sukar untuk mencari pasangan yang bersesuaian.

Maka ia menjadi sebab mereka melambatkan perkahwinan manakala sebanyak 18% golongan lelaki juga turut memberikan jawapan sama.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri turut berharap dengan pembukaan Pusat Subfertiliti Negara yang akan mula beroperasi pada tahun 2029 kelak dapat membendung masalah tersebut.

“Kita telah diberi tanggungjawab untuk membina dan juga mengurus serta memastikan lab untuk subfertiliti negara ini berjalan dengan baik dan untuk memberi kesan kepada apa yang kita rancangkan di dalam perbincangan round table supaya ia bukan cakap sahaja, we are also preparing our nation with the lab,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.